Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN)



Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN)|SEPERTI dimaklumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 pada hari Jumaat, 27 Mac 2020. Sedia maklum, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 yang juga dikenali sebagai PRIHATIN ini akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat ketika menghadapi wabak COVID-19 yang sedang melanda. Berikut dikongsikan Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 buat rujukan anda.


Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia:

Senarai Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020

1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke bawah dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

5. Bayaran RM 200 secara one-off dibayar pada bulan Mei 2020 yang melibatkan pelajar Matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.

6. Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020.

7. Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.

8. Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.

9. Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

10. Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan.

11. Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020.

12. Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP.

Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan dan Negeri

Semoga perkongsian Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 ini memberi manfaat buat semua lapisan masyarakat!

No comments

Powered by Blogger.