Permohonan Bantuan RM600 Program Pengekalan Pekerjaan 2020 ERP Online



Permohonan Bantuan RM600 Program Pengekalan Pekerjaan 2020 ERP Online|ANDA ingin menerima Bantuan Kewangan RM600 Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)? Bagaimana cara mendapatkan Bantuan RM600 PERKESO sebulan bagi mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji? Untuk makluman anda, permohonan Bantuan RM600 Program Pengekalan Pekerjaan 2020 boleh dibuat secara online mulai 20 Mac 2020 menerusi Portal Rasmi PERKESO. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Mengikut Program Pengekalan Pekerjaan dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan RM600 Program Pengekalan Pekerjaan 2020 ERP Online

Menerusi Perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 berkenaan
pembentangan semula Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, peruntukan sebanyak RM60 juta daripada Kerajaan serta RM60 juta lagi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) telah disediakan bagi tujuan pelaksanaan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program - ERP). ERP menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan.

Permohonan Bantuan RM600 Program Pengekalan Pekerjaan 2020 ERP Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Bantuan RM600 PERKESO Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) termasuk syarat kelayakan dan cara hubungi:

Cara Permohonan Bantuan RM600 PERKESO 2020

1. Majikan yang telah memenuhi syarat yang ditetapkan boleh menghantar permohonan secara dalam talian yang akan dimaklumkan kemudian melalui Pekeliling Majikan yang dikeluarkan oleh PERKESO.

2. Semua permohonan ERP daripada majikan hanya boleh dikemukakan
mulai 20 Mac 2020.

3. Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel di: erpc19@perkeso.gov.my

Syarat Kelayakan Bantuan RM600 Program Pengekalan Pekerjaan 2020

Antara Syarat Kelayakan Bantuan RM600 PERKESO adalah seperti berikut:

1. Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan
berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020;
2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans
Pekerjaan (SIP) PERKESO;
3. Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah;
4. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja;
5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.

Kaedah Pembayaran

1. Pembayaran bulanan RM600 kepada pekerja tersebut hendaklah dikreditkan terus ke dalam akaun mereka dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja bayaran diterima daripada PERKESO.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau kemukakan pertanyaan anda menerusi email perkeso@perkeso.gov.my ATAU salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official

Selamat membuat Permohonan Bantuan RM600 Program Pengekalan Pekerjaan tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.