Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan



Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan|BILAKAH tarikh pengeluaran duit KWSP Akaun 2 (i-Lestari)? Berita baik buat rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun kebawah yang ingin membuat permohonan pengeluaran duit KWSP Akaun 2 RM500 sebulan. Untuk makluman anda, permohonan pengeluaran duit KWSP Akaun 2 boleh dibuat secara online mulai 1 Mei 2020 di e-Pengeluaran melalui i-Akaun. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan buat rujukan anda.

Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan

Sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat. Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun yang dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan (i-Lestari) beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan

1. Permohonan boleh dibuat secara online mulai 1 Mei 2020 di e-Pengeluaran melalui i-Akaun.
ATAU:

2. Secara emel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuatnaik).
ATAU:

3. Secara pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No. 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari).

4. Sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut berkenaan e-Pengeluaran.

Syarat Kelayakan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2

Antara Syarat Kelayakan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 adalah seperti berikut:

1. Merupakan warganegara Malaysia
2. Berumur 55 tahun kebawah
3. Memiliki simpanan dalam akaun 2
4. Had pengeluaran adalah pada kadar maksimum RM 500 sebulan untuk tempoh 12 bulan
5. Bukan warganegara Malaysia (Fasa 2)

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari

Semoga perkongsian Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.