Semakan Ujian Saringan COVID-19 (Coronavirus) Online



Semakan Ujian Saringan COVID-19 (Coronavirus) Online|BAGAIMANA cara membuat Ujian Saringan Jangkitan Coronavirus? Adakah anda berisiko dijangkiti wabak Novel Coronavirus atau mudah dikenali sebagai COVID-19? Perhatian buat anda yang ingin membuat semakan Ujian Saringan Risiko Coronavirus (COVID-19) secara online. Berikut dikongsikan Cara Semakan Status Ujian Saringan Coronavirus secara online buat rujukan anda.

Semakan Ujian Saringan COVID-19 (Coronavirus) Online

Sedia maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama DoctorOnCall telah melancarkan portal Khidmat Nasihat Virtual khusus untuk menangani kerisauan orang ramai mengenai wabak jangkitan COVID-19. Portal ini merupakan inisiatif kerajaan yang pertama di rantau ini dan disediakan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Semakan Ujian Saringan COVID-19 (Coronavirus) Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Status Ujian Saringan COVID-19 (Coronavirus) secara online:

Cara Semakan Status Ujian Saringan COVID-19 Online

1. Layari Portal Rasmi Doctor On Call secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-online-test

2. Beberapa soalan akan ditanyakan dan perlu dijawab oleh pengguna bagi mengetahui status risiko seseorang terhadap jangkitan ini.

Cara Pencegahan Coronavirus

Antara cara pencegahan dan rawatan Coronavirus adalah seperti berikut:

1. Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
2. Menutup mulut dan hidung ketika anda bersin atau batuk dengan menggunakan tisu
3. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
4. Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang mengalami gejala
5. Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi CPRC Hotline di talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700 untuk mendapat khidmat nasihat.

Selamat membuat Semakan Ujian Saringan COVID-19 (Coronavirus) secara online!

No comments

Powered by Blogger.