Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 Online (Tarikh Bayaran)



Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 Online (Tarikh Bayaran)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP 2020 bakal dibuka? Berita baik buat Rakyat Malaysia yang khususnya golongan B40 dan berpendapatan rendah yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 boleh dibuat secara online mulai 1 April 2020 menerusi laman sesawang https://musaadahkhaira.zakat.com.my.

Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 Online (Tarikh Bayaran)

Sedia maklum, antara salah satu inisiatif PPZ-MAIWP adalah bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19. Selain itu, bertujuang membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.

Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 Online (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ beserta syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan kadar bantuan:

Cara Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://musaadahkhaira.zakat.com.my/permohonan

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan betul dan lengkap.

3. Muat naik dokumen bukti yang berkaitan.

4. Maklumat yang lengkap diisi akan terpapar untuk semakan dan hantar.

5. Permohonan anda akan diproses.

Syarat Kelayakan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Musaadah Khaira PPZ adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.

2. Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.

3. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.

4. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

1. Bukti Pengenalan Diri
Salinan Kad Pengenalan atau Polis/Tentera Pemohon. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan, mohon lengkapkan butiran tanggungan.

2. Bukti Pendapatan
Bagi yang bekerja - slip pendapatan / pengesahan pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.

3. Bukti Perniagaan
Bagi Peniaga/Penjaja Kecil - Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.

4. Akaun Bank
Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Kadar Bayaran Bantuan Musaadah Khaira PPZ

◼️One Off – RM 300 sahaja bagi setiap keluarga

Cara Pembayaran Bantuan Musaadah Khaira PPZ

Bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 7 hari bekerja dari Tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan dan Negeri

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Laman Web: https://musaadahkhaira.zakat.com.my/

Selamat membuat Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.