Semakan Tracking Pos Laju Malaysia 2020 Secara Online dan SMS



Semakan Tracking Pos Laju Malaysia 2020 Secara Online dan SMS|DENGAN kecanggihan pelbagai teknologi, kini anda boleh membuat semakan tracking pos laju seluruh Malaysia secara online dan melalui perkhidmatan SMS. Bagaimana cara semak tracking pos laju untuk mengetahui status penghantaran barangan? Mendapatkan status tentang barang yang kita hantar ataupun dipanggil 'Pos Tracking' merupakan satu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Poslaju Malaysia.

Artikel berkaitan:
👉 Harga Pos Motor Pos Laju Terkini

Semakan Tracking Pos Laju Malaysia Secara Online dan SMS

Semakan Tracking Pos Laju Malaysia 2020 Secara Online dan SMS

Berikut dikongsikan cara semakan tracking pos laju Malaysia secara online dan SMS buat panduan anda:

1. Tracking Kiriman Pos Laju Secara 
    Online

Semakan status penghantaran boleh di buat secara online menerusi laman web Track & Trace Pos Laju, di pautan berikut:
http://poslaju.com.my/track-trace-v2/

Langkah Menyemak Status Penghantaran Pos Laju 

Berikut dikongsikan langkah-langkah menyemak status penghantaran Pos Laju:

1. Masukkan tracking number ke dalam kotak yang disediakan. Jangan jarakkan nombor. (Space)

2. Tekan butang "TRACK".

3. Keputusan semakan akan memaparkan status terkini bagi setiap item (tracking number) yang anda masukkan.

4. Klik pada tracking number untuk melihat maklumat yang lebih lengkap. Ia akan memaparkan sejarah perjalanan kiriman tersebut dalam bentuk senarai tarikh, masa, proses / tindakan yang dilakukan terhadap kiriman serta lokasi.

2. Tracking Kiriman Pos Laju Melalui 
    Facebook

Sila PM (private message) nombor tracking (atau sebarang pertanyaan) ke laman Facebook customer service Pos Malaysia Berhad di pautan berikut:
https://www.facebook.com/AskPos

Pegawai khidmat pelanggan PosLaju akan membantu untuk membuat semakan mengikut giliran anda pada hari Isnin - Jumaat di antara jam 8.30 pagi - 5.30 petang.

Perkhidmatan Pos Laju

1. Penghantaran pantas hari sama
2. Penghantaran hari seterusnya
3. Masa perkhidmatan tertentu
4. Pos Parcel
5. Pos Ekspres
6. Pos Laju Pack
7. On-Demand Pick Up

3. Tracking Kiriman Pos Laju Melalui 
     SMS

Taip:
PL <jarak> [Tracking Number] dan Hantarkan ke 33333

Contoh: PL EF667590069MY dan
Hantarkan SMS ke 33333

Semoga perkongsian Semakan Tracking Pos Laju Malaysia ini dapat memudahkan anda membuat semakan tracking pos laju secara online!

1 comment:

  1. Hi, macam mana saya nak semak status penghantaran motor menggunakan perkhidmatan poslaju? Kerana no tracking adalah untuk penghantaran kunci motor sahaja.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.