Semakan Daftar Pemilih 2020 Secara Online Dan SMS



Semakan Daftar Pemilih 2020 Secara Online Dan SMS|ADAKAH anda telah menjadi sebagai salah satu pengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)? Bagaimana cara membuat semakan daftar pemilih? Bagi pengundi yang telah berjaya berdaftar, anda boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengesahkan lokasi tempat mengundi serta maklumat lain daftar undi secara online atau melalui SMS. Berikut dikongsikan cara semakan daftar pemilih secara online dan SMS buat panduan anda.

Artikel berkaitan:
👉 Cara Daftar Mengundi dan Semakan Lokasi Mengundi

Semakan Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS

Semakan Daftar Pemilih Secara Online dan SMS

Berikut dikongsikan cara semakan daftar pemilih secara online dan SMS:

A. Semakan Secara Online

1. Pemohon perlu layari di laman web
    rasmi SPR seperti berikut:
KLIK: 👉 http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan 
    pengundi berdaftar ke dalam kotak
    ruangan disediakan.

3. Kemudian, klik pada butang 'Semak' dan
    maklumat anda akan dipaparkan di
    screen.

B. Semakan Melalui SMS


Semakan Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS

Taipkan:
SPR<jarak>No. Kad Pengenalan dan Hantarkan ke 15888

Contoh: SPR 960546075889 dan hantarkan ke 15888

ATAU:-

Taipkan:
SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. Kad Pengenalan dan Hantarkan ke 15888

Contoh: SPR SEMAK 960546075889 dan hantarkan ke 15888

Selamat membuat Semakan Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS! Semoga anda berjaya menjadi salah satu pendaftar pengundi yang sah!

No comments

Powered by Blogger.