Borang Permohonan Rayuan BSH 2019



Borang Permohonan Rayuan BSH 2019|ADAKAH anda telah membuat semakan status permohonan BSH tahun 2019? Adakah anda lulus atau gagal? Bilakah tarikh rayuan BSH 2019 boleh dibuat? Berita baik buat pemohon yang gagal dalam permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 baru-baru ini. Untuk makluman anda, permohonan rayuan BSH 2019 boleh dibuat secara online dan manual mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 menerusi Portal Rasmi BSH.

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Status Permohonan BSH 2019

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

Permohonan rayuan BSH 2019 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuklah Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan juga Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran dengan pemohon.

Borang Permohonan Rayuan BSH 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan cara permohonan rayuan BSH:

Tarikh Penting Permohonan Rayuan BSH 2019

Berikut adalah tarikh penting permohonan rayuan BSH 2019:

◾Tarikh Permohonan: 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019

Borang Permohonan Rayuan BSH 2019

1. Permohonan rayuan boleh dibuat dengan
    memuat turun Borang Rayuan BR1M 
    BK-01 (1/2018) dalam bentuk PDF.

2. Pemohon perlu mengisi dan
    mengemukakan borang permohonan
    rayuan bersama dokumen berkaitan
    seperti penyata gaji dan salinan kad
    pengenalan pasangan atau tanggungan
    terkini.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi mereka yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:

◾  Sijil surat pengesahan cerai oleh Jabatan
    Agama Islam Negeri/ JPN/ JAKOA/ Tuai
    Rumah/ Ketua Peribumi @ Ketua Kaum/
    Ketua komuniti bagi pasangan (jika status
    perkahwinan ialah ibu/ bapa tunggal)
    atau bagi mereka yang di bawah
    tanggungan ibu/ bapa (jika status
    perkahwinan ialah bujang); ATAU
◾  Sijil surat pengesahan kematian oleh
     JPN/ JAKOA/ Tuai Rumah/ Ketua
     Peribumi @ Ketua kaum/ Ketua komuniti
     bagi pasangan (jika status perkahwinan
     ialah ibu/ bapa tunggal) atau bagi
     mereka yang di bawah tanggungan ibu/
     bapa (jika status perkahwinan ialah
     bujang); DAN
◾   Sijil lahir tanggungan/ daftar anak
     angkat/ sijil lahir pemohon atau
     dokumen bukti pertalian hubungan jika
     ibu bapa tidak memohon; ATAU
◾  Surat hak penjagaan tanggungan oleh
    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/
    Mahkamah/ Agensi yang dilantik oleh
    kerajaan (jika berkenaan).

Bagi yang ingin ketahui lebih lanjut tarikh dan jadual pembayaran BSH 2019, anda boleh rujuk DISINI.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian Hotline BR1M MOF 03-8882 4565 / 03-8882 456 atau Hotline BR1M LHDNM 1-800-88-2716
Emel: br1m@treasury.gov.my

Selamat membuat permohonan rayuan BSH tahun 2019! Semoga anda berjaya dalam permohonan rayuan BSH!

8 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya baru berumur 21 tahun dah terlepas untuk mohon kali pertama tempoh hari ..Adakah boleh mohon untuk rayuan ini ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...sebelum ni sy mmg selalu dpt br1m...tetapi utk br1m 2018 ni dlm semakan status "Dalam Proses"..sehingga kini sy menunggu kemasukan duit br1m...maklum

    ReplyDelete
  3. dlm proses mksudnya lum dpt lg.tgu lulus.bru duit akn masuk..

    ReplyDelete
  4. Asalammualaikom umur saya dah 21tahun macam mana nak buat rayuan BR1M

    ReplyDelete
  5. Asalammualaikom macam mana untuk saya buat rayuan BR1M

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum..yg buat rayuan slalunya bila dapat ya?

    ReplyDelete
  7. AnonymousJuly 01, 2018

    Bila masuk duit rayuan

    ReplyDelete
  8. Sy nk tye lh,sblm sy dpt bantuan brim masa kerajaan bn,tp knp sejak kerajaan baru Ph sy ble plak xdpt bantuan sara hidup..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.