Cara Kemaskini Manual PAJSK 2021 KPM Rendah dan Menengah



Cara Kemaskini Manual PAJSK 2021 KPM Rendah dan Menengah|APA itu PAJSK? Untuk makluman anda, PAJSK merupakan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum bagi pelajar samada di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, Manual PAJSK disediakan bagi membantu para guru membuat kemaskini data bagi PAJSK.

Artikel berkaitan:
👉 Cara Login Sistem PAJSK Online

Cara Kemaskini Manual PAJSK KPM Rendah dan Menengah

Berikut dikongsikan cara manual mengisi maklumat PAJSK murid untuk panduan anda.

Cara Kemaskini Markah Manual PAJSK 2021 Online Murid

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Kemaskini Markah PAJSK 2021 Bagi Sekolah Rendah & Menengah:

1. Pertama kali, klik kemaskini markah
    pelajar 2016 (Masukkan maklumat GPA
    pelajar bagi tahun sebelum).

Cara Kemaskini Manual PAJSK KPM Rendah dan Menengah

2. Kemudian, pilih 'Tahun' dan klik pada
    butang 'Cari'.

3. Maklumat akan dipaparkan di screen.
    Masukkan maklumat dan klik pada
    butang 'Simpan'.

4. Bagi menu yang lain, akan dibuka selepas    markah tahun sebelum selesai dibuat.

5. Klik pada menu Kelab Persatuan/     
    Sukan Permainan/ Badan Beruniform/ 
    Ekstrakurikulum dan membuat
    pengisian markah.

6. Klik pada icon kertas bagi membolehkan
    paparan dibuka. Isikan maklumat yang
    diperlukan dan klik simpan.

7. Dibenarkan membuat kemaskini dan
    menambah aktiviti bagi pelajar.
◾ Klik ikon pensel sekiranya ingin
      mengemaskini.
◾ Klik butang tambah untuk menambah
      aktiviti.

8. Kemudian, klik pada butang simpan.

👉SEGAK (Pengisian Markah SEGAK)

9. Pilih Tahun dan Kelas murid. Klik pada
    butang Cari.

10. Klik pada icon kertas dan isikan semua
      maklumat. Klik pada butang Simpan.

👉Laporan - Analisis Markah 

11. Pilih Tahun dan Kelas murid. Klik pada
      butang Cari dan maklumat akan
      dipaparkan.

👉Laporan - Senarai Markah

12. Pilih Tahun dan Kelas murid. Klik pada
      butang Cari dan maklumat akan
      dipaparkan.

👉Cetakan

13. Klik icon printer untuk print semua
      maklumat dan markah pelajar.

👉Pengesahan Markah - Markah 
     Kokurikulum

14. Terdapat TIGA kategori pada maklumat
      yang dipaparkan iaitu:

◾ Calon Lengkap - Murid yang lengkap diisi pada ketiga-tiga komponen
◾ Calon Tidak Lengkap - Masih ada maklumat yang belum diisi
◾ Calon Tidak Berdaftar - Markah calon belum pernah diisi pada mana-mana komponen
 
15. Setelah semua pelajar lengkap diisi, klik
      pada butang SAH MARKAH. Pastikan
      markah yang telah diisi adalah betul
      sebelum membuat pengesahan!

16. Selepas, butang SAH MARKAH diklik
      dan maklumat markah pelajar
      akan dipaparkan di screen.

Cara Download Manual PAJSK Menengah

KLIK: 👉 DISINI

Semoga perkongsian ini memudahkan para guru atau pengguna mengemaskini markah manual PAJSK online murid!

No comments

Powered by Blogger.