eRAS 2.0: Permohonan Menjalankan Penyelidikan Pendidikan Online



eRAS 2.0: Permohonan Menjalankan Penyelidikan Pendidikan Online|APA itu sistem eRAS 2.0? eRAS 2.0 merupakan akronim kepada Educational Research Application System versi 2.0. Mulai 1 Mac 2018, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) akan menggunakan sistem eRAS 2.0 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian.

Artikel berkaitan:
👉 Cara Login Sistem eRAS 2.0

eRAS 2.0: Permohonan Menjalankan Penyelidikan Pendidikan Online

Bahagian dibawah merujuk kepada institusi yang dikelolakan oleh KPM:

1. Sekolah
2. Institut Pendidikan Guru (IPG)
3. Kolej Vokasional (KV)
4. Kolej Matrikulasi (KM)
5. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
6. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Login Sistem eRAS 2.0

◾Untuk login sistem, anda perlu pergi ke
     laman sesawang seperti berikut:
KLIK: 👉 LOGIN eRAS 2.0

◾Masukkan ID Pengguna dan Kata 
     Laluan anda.

eRAS 2.0: Permohonan Menjalankan Penyelidikan Pendidikan Online

Borang Permohonan Menjalankan Penyelidikan Pendidikan

Berikut dikongsikan panduan mengisi borang permohonan menjalankan penyelidikan di sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, IPG dan JPN:

◾Permohonan menjalankan penyelidikan
     perlu dikemukakan sebelum
     melaksanakan kajian rintis dan kajian
     lapangan.
◾Setiap permohonan yang dikemukakan
     adalah hanya untuk satu penyelidikan
     sahaja.
◾Sekiranya penyelidikan dibuat secara
     berkumpulan, permohonan hanya perlu
     dikemukakan oleh pengurus/ketua
     projek.
◾Perkara-perkara berikut (dalam format
     pdf) hendaklah dilampirkan/dimuat naik      bersama-sama dengan permohonan
     yang telah lengkap diisi.
i.  Surat pengesahan status pelajar daripada     universiti/majikan.
ii. Kertas cadangan penyelidikan (Tidak
    melebihi 10 muka surat atau saiz fail 1
    MB).
iii. Instrumen kajian.
iv. Borang BPPDP 2 (A) yang disahkan oleh
     penyelia (pelajar Institut Pengajian
     Tinggi) / ketua jabatan (kajian am).

Nota:
1. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dalam tempoh 5 hari.

2. Tempoh sah laku surat kelulusan menjalankan penyelidikan adalah 6 bulan dari tarikh surat dikeluarkan.

Syarat Permohonan Baru Sistem eRAS 2.0

Berikut dikongsikan syarat
permohonan baru sistem eRAS 2.0:

◾Penyelidikan tidak melibatkan murid
     kelas peperiksaan.
◾Penyelidikan hendaklah tidak
     mengandungi unsur sensitif seperti
     mempersoalkan dasar pendidikan / isi
     perkauman / menyentuh sensitiviti
     agama / mengaibkan individu atau
     kumpulan.
◾Instrumen hendaklah dalam bahasa
     yang digunakan semasa melaksanakan
     kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris).
     Sekiranya menggunakan bahasa selain
     daripada Bahasa Melayu atau Bahasa
     Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke
     dalam Bahasa Melayu.
◾Permohonan yang tidak lengkap dan
     tidak mematuhi syarat- syarat
     permohonan akan DITOLAK.
◾Kementerian Pendidikan Malaysia
     berhak MENOLAK sebarang
     permohonan untuk menjalankan
     penyelidikan atau membatalkan
     kebenaran yang telah diberikan tanpa
     sebarang notis.
◾Satu naskhah laporan / disertasi / tesis
     penyelidikan hendaklah diserahkan
     kepada Pengarah, Bahagian
     Perancangan dan Penyelidikan Dasar
     Pendidikan, Kementerian Pendidikan
     Malaysia selepas penyelidikan selesai
     dijalankan.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi di:

UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN,
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1-4, BLOK E8,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8884 6591
Web: admineras2.0@moe.gov.my

Semoga perkongsian ini memudahkan pengguna membuat borang permohonan menjalankan penyelidikan pendidikan! Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.