Permohonan Bantuan Anak Selangor 2022 Online (Semakan Status)



Permohonan Bantuan Anak Selangor 2022 Online (Semakan Status)|BERITA baik buat semua warga Selangor, Kerajaan Negeri Selangor akan memberi ganjaran sebanyak RM 1,000 kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM 3,000 ke bawah yang berjaya melanjutkan pendidikan ke institut awam/swasta yang diiktiraf oleh kerajaan. Bantuan Anak Selangor ini hanya diberikan kepada anak dari negeri Selangor sahaja. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan Anak Selangor 2022 buat rujukan anda.

Artikel berkaitan:

👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat
👉 Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor

Permohonan Bantuan Anak Selangor 2018 Online

Untuk makluman anda, bayaran akan dibuat terus kepada akaun bank penerima yang diisi dalam proses permohonan.

Permohonan Bantuan Anak Selangor 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Bantuan Anak Selangor termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi HPIPT secara online melalui pautan berikut:
KLIK 👉 HPIPT SELANGOR

2. Pemohon boleh membaca Manual Panduan Permohonan (Online) menerusi laman web tersebut sebagai rujukan.

3. Permohonan yang telah lengkap beserta lampiran dokumen hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos di alamat seperti     berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.,
40503 Shah Alam.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Anak Selangor 2022

Antara syarat kelayakan permohonan Bantuan Anak Selangor adalah seperti berikut:

1. Permohonan adalah terbuka kepada
    Warganegara Malaysia sahaja.

2. Pemohon dan ibu bapa mestilah terdiri
    daripada rakyat DYMM Sultan Selangor
    Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-
    kriteria seperti berikut:
I. Pemohon lahir di Negeri Selangor;
II. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri
     Selangor;
III. Pemohon Tidak Lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11 tahun.

3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk     melanjutkan pengajian secara sepenuh
    masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS     yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi
    pengajian di peringkat Ijazah Sarjana
    Muda atau Diploma sahaja*.

4. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di
    IPT bagi memulakan sesi pengajian.

5. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa / Penjaga
    pemohon berjumlah RM3,000 dan ke
    bawah sahaja.

Senarai Lampiran Dokumen Diperlukan

Antara senarai dokumen diperlukan adalah seperti berikut:

1. Sijil Kelahiran
◾ Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;

2. Kad Pengenalan
◾Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
◾Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon;
◾Salinan Sijil Kematian sekiranya telah meninggal dunia:
◾Salinan Surat Perakuan Cerai sekiranya; berkaitan dan
◾Surat Akuan Sumpah sekiranya berkaitan;                                                   

3. Surat Pengesahan Pemastautin                   ◾Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja);
                                     
4. Surat Tawaran
◾Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;                                                                                                                             
5. Sijil Berhenti Sekolah
◾ Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5) bagi kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja;                                                                                              
6. Penyata Pendapatan atau Pengesahan Pendapatan
◾ Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
◾Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung /Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT; atau
◾Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)                                                                                                                    
7. Salinan Penyata Akaun Bank (Pemohon)

Semakan Status Bantuan Anak Selangor 2022 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.
No. Telefon : 03-55447385 / 03-55212306
No. Faks : 03-55104095 / 03-55110659
E-mel : hpipt[at]selangor.gov.my

Selamat membuat permohonan Bantuan Anak Selangor tahun 2022 secara online!

1 comment:

  1. Anak sy lahir di selangor sudah 10 tahun boleh i dapat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.