Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB 2020 Online



Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB 2020 Online|APA itu program Rumah Mesra Rakyat SPNB? Sedia maklum, Program Rumah Mesra Rakyat SPNB diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal dirumah usang. Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu program perumahan baru iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS. Untuk maklumat anda, kini anda boleh membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Skim ADAM50 Amanah Anak Dana Malaysia 2050
👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB 2020


Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB Online

Objektif program ini dilaksanakan bagi membantu golongan yang mempunyai tanah sendiri. Terdapat 2 program yang ditawarkan seperti Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS). Program Rumah Mesra Rakyat Plus adalah satu alternatif yang menyasarkan golongan yang tidak layak mendapat subsidi dibawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS SPNB Online

Berikut dikongsikan maklumat penting  permohonan RMRPLUS SPNB meliputi cara permohonan, syarat, ciri rekabentuk rumah, pakej ditawarkan dan harga rumah:

1. Anda perlu muat turun borang
    permohonan RMRPLUS secara percuma
    menerusi pautan berikut:
KLIK 👉 Borang Permohonan Online RMRPLUS SPNB

2. Pastikan borang dilengkapkan dengan
    sempurna dihantar ke Pejabat Cawangan
    SPNB yang berdekatan.

Syarat-syarat Permohonan RMRPLUS

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan

Ciri-Ciri Rekabentuk Rumah RMRPLUS

◾Rumah Sesebuah Satu (1) Tingkat
◾3 Bilik & 2 Bilik Air

Kaedah Pembayaran

◾Tunai
◾Melalui pinjaman bank/mana-mana institusi kewangan

Senarai Pakej Tambahan Yang Ditawarkan

◾Penyediaan tapak
◾Kabinet dapur
◾Lengkapan almari
◾Sistem keselamatan
◾Pagar
◾Penukaran spesifikasi bumbung

Harga Rumah RMRPLUS 

Harga seunit RMRPLUS ditawarkan harga bermula dari RM 108,888 hingga RM 126,666.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila dapatkan maklumat lanjut menerusi laman web rasmi di http://www.spnbmesra.com.my/

Selamat membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS) tahun 2020!

No comments

Powered by Blogger.