Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE Mega 2023 Online



Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE Mega 2023 Online|APA itu program TUBE MEGA? Bilakah tarikh permohonan TUBE Mega 2023 bakal dibuka? TUBE atau Tunas Usahawan Belia Bumiputera merupakan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Untuk makluman anda, permohonan TUBE Mega 2023 akan dibuka secara online pada bulan April 2023. Berikut dikongsikan Permohonan TUBE Mega 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE Mega 2018 Online

Sedia maklum, Program TUBE telah menyasarkan golongan belia bumiputera yang berumur diantara 18 hingga 30 tahun yang mempunyai keinginan mendalam dalam bidang perniagaan.

Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE Mega 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan TUBE Mega termasuk tarikh penting dan syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan TUBE Mega 2023 Online

◾ Tarikh Permohonan: -
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 TUBE SMECORP

Syarat Kelayakan Permohonan TUBE Mega 2023

Antara syarat kelayakan permohonan TUBE Mega adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN pada tarikh tutup permohonan  dalam talian;
i. Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
ii. Ibu / bapa mestilah dilahirkan di Malaysia dan bertaraf Bumiputera.

◾Pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi / pusat kemahiran tempatan akan diberikan keutamaan;

◾Belum memulakan perniagaan, namun mempunyai minat yang mendalam untuk mengusahakan perniagaan. Sekiranya telah menjalankan perniagaan, tarikh pendaftaran SSM mestilah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dalam talian;

i. Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama
ii. Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang  dari 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan. Sekiranya terpilih, surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dibawa semasa temuduga.
i. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran,
maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira

◾Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak

i. Tidak mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di Kem PLKN / kawasan hutan);
ii. Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan; dan
iii. Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program.
iv. Bagi pemohon yang berstatus OKU, pemohon mestilah mengemukakan surat perakuan dan pelepasan Pegawai Perubatan yang bertauliah untuk mengikuti aktiviti fizikal dan lasak.

◾Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis;

i. Pemohon yang sedang berada di dalam  proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon

◾Pemohon bukan merupakan keluarga  terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.

i. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak.

◾Bagi pemohon pasangan suami isteri /  adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan

i. Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.

◾Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan

◾Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya.

Tarikh Penting Permohonan TUBE Mega 2023

*Akan dikemaskini

Maklumat Penting

◾Sila pastikan emel yang digunakan semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
◾Sila lengkapkan semua soalan di setiap
Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang "Sah & Hantar"
◾Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang "Sah dan Hantar".
◾Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.

Semakan Permohonan TUBE Mega 2023

KLIK 👉 Semakan Status TUBE Mega

Cara Hubungi 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan TUBE MEGA, sila hubungi di:

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR
Email: tube@smecorp.gov.my
Tel: 03-2775 6000
Infoline: 1-300-30-6000

Selamat membuat Permohonan TUBE Mega tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.