Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2022 (Contoh Soalan)



Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2022 (Contoh Soalan)|ADAKAH anda calon peperiksaan UPKK? Bilakah tarikh peperiksaan UPKK 2022 bakal diadakan? Perhatian buat anda calon yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2022. Untuk makluman anda, tarikh peperiksaan bertulis UPKK 2022 akan diadakan mulai 14 hingga 17 November 2022. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2022 buat rujukan anda.

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2018 Ujian Penilaian Kelas KAFA

UPKK merupakan peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA).

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2022 (Contoh Soalan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan jadual peperiksaan UPKK KAFA 2022 yang memaparkan tarikh ujian bertulis, amali dan lisan:

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK KAFA 2022

1. Amali : 9 Mei hingga 30 September 2022

- Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam

2. Lisan : 10 hingga 31 Oktober 2022

- Ujian Lisan Tadarus & Tilawah
- Hafazan
- Tafsir

3. Ujian Bertulis : 14 November hingga 17 November 2022

- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
- Sirah
- Jawi dan Khat
- Adab
- Lughatul Quran

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2022 (Contoh Soalan)

Apakah UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau mudah dikenali sebagai UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu:-

1. Amali Solat
2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
3. Tilawah Al-Quran
4. Pelajaran Jawi dan Khat
5. Sirah
6. Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
7. Adab (Akhlak Islamiah)
8. Lughah Al-Quran

Syarat Kelayakan Peperiksaan UPKK

- Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Mengikut Kurikulum KAFA.
- Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
- Berdaftar untuk menduduki UPKK.


Bentuk Penilaian UPKK 2022

1. Bentuk Lisan : Al-Quran
2. Bentuk Amali : Amali Solat
3. Bentuk Lisan & Pemerhatian : Penghayatan Cara Hidup Islam
4. Bentuk Penulisan : 
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran

Gred Pemarkahan Terkini UPKK 2022

Berikut dikongsikan skala dan gred markah peperiksaan UPKK:

◾A: 80 - 100 (Tahap Cemerlang)
◾B: 60 - 79 (Tahap Baik)
◾C: 40 - 59 (Tahap Memuaskan)
◾D: 1 - 39 (Tahap Kurang Memuaskan)

Contoh Soalan Peperiksaan UPKK 2022

*Akan dikemaskini

Semoga perkongsian Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2022 ini dijadikan panduan buat pelajar semua!

No comments

Powered by Blogger.