Permohonan eRumah Pulau Pinang 2020 Online (Kos Rendah, RMM & PPR)



Permohonan eRumah Pulau Pinang 2020 Online (Kos Rendah, RMM dan PPR)|ADAKAH anda anak jati negeri Pulau Pinang dan bermastautin di Pulau Pinang? Bagaimana cara membuat permohonan eRumah Pulau Pinang secara online? eRumah merupakan inisiatif yang disediakan bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah atau sederhana di Pulau Pinang yang belum memiliki rumah impian sendiri. Untuk makluman anda, permohonan e-Rumah Pulau Pinang 2020 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi e-Rumah Penang.

Permohonan Borang eRumah Pulau Pinang Online

Sedia maklum, setiap negeri mempunyai skim perumahan sendiri sebagai contoh Rumah Selangorku (Negeri Selangor), Rumah Mampu Milik Johor (Negeri Johor) dan Rumah RUMAWIP (Wilayah Persekutuan).

Permohonan eRumah Pulau Pinang 2020 Online (Kos Rendah, RMM dan PPR)

Berikut dikongsikan maklumat penting merangkumi aplikasi permohonan eRumah Pulau Pinang termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan eRumah Pulau Pinang 2020

1. Pemohon perlu melayari Aplikasi
    Permohonan eRumah secara online
    menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Borang Online Permohonan eRumah Pulau Pinang

2. Isikan maklumat yang diminta dengan
    lengkap (Cth: Semakan Syarat, Pilihan
    Perumahan, Maklumat Pemohon,
    Maklumat Pasangan, Maklumat
    Tanggungan dan Maklumat Tambahan).

3. Setelah siap diisi, klik pada butang
    'SETERUSNYA'.

4. Borang yang telah lengkap diisi perlu
    dihantar ke Pejabat Perumahan, Tingkat
    20, KOMTAR beserta dokumen yang
    lengkap.

Syarat Kelayakan Permohonan eRumah Pulau Pinang 2020

Antara syarat kelayakan eRumah Pulau Pinang adalah seperti berikut:

1. Syarat permohonan merangkumi:
◾Projek Perumahan Rakyat (PPR)
◾Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah
◾Rumah Mampu Milik

2. Sila layari untuk melihat syarat permohonan di Syarat Permohonan eRumah Pulau Pinang.

Cara Login Akaun eRumah Pulau Pinang

1. Pemohon perlu login akaun melalui
    pautan tertera dibawah:
KLIK 👉 Login eRumah Pulau Pinang

2. Masukkan ID Pengguna dan Kata 
    Laluan. Klik pada butang 'Login'.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 20, Komtar
10503 Pulau Pinang

Semoga perkongsian Permohonan eRumah Pulau Pinang tahun 2020 ini dijadikan panduan buat semua warga Pulau Pinang!

No comments

Powered by Blogger.