Permohonan Insentif Perkahwinan Belia Selangor 2024 Online (Semakan Status)



Permohonan Insentif Perkahwinan Belia Selangor 2024 Online (Semakan Status)|APA itu YAWAS? Bilakah tarikh permohonan Insentif Perkahwinan Belia Selangor 2024 bakal dibuka? Sedia maklum, YAWAS atau singkatan Yayasan Warisan Anak Selangor telah diberi tanggungjawab bagi menguruskan Program Insentif Perkahwinan Belia (i-Kahwin) mulai bulan Januari 2017. Pasangan pengantin baru layak menerima insentif perkahwinan sebanyak RM500 sekiranya pasangan tersebut menepati syarat yang telah ditetapkan. Berikut dikongsikan Permohonan Insentif Perkahwinan Belia Selangor 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Insentif Perkahwinan Belia 2018 Online

Untuk makluman anda, penyaluran insentif akan disalurkan melalui bank BSN menggunakan Sijil Simpanan Premium. Selain boleh memohon insentif perkahwinan, anda juga boleh memohon bantuan Kasih Ibu Smart Selangor.

Permohonan Insentif Perkahwinan Belia Selangor 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Insentif Perkahwinan Belia Selangor termasuk syarat kelayakan, dokumen penting dan semakan status:

Cara Permohonan Insentif Perkahwinan Belia Selangor 2024 Online

1. Pemohon perlu melayari Laman Web YAWAS secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 YAWAS

2. Sila pastikan Sijil Nikah atau Sijil Pendaftaran Kahwin telah di sediakan sebelum mengisi borang.

3. Dokumen sokongan perlu dihantar ke Pejabat YAWAS dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online.

4. Permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Kelayakan Insentif Perkahwinan Belia Selangor 2024

Antara syarat kelayakan permohonan Insentif Perkahwinan Belia adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Lahir di Negeri Selangor ATAU;
◾Lahir di luar Negeri Selangor DAN
a) Alamat MyKad mestilah dalam Selangor
b) Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)
◾Berumur 35 tahun ke bawah
◾Perkahwinan kali pertama sahaja
◾Permohonan terbuka dalam tempoh 12  bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan
◾Tarikh tutup pendaftaran online adalah sebelum genap 12 bulan daripada tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan
◾Tempoh 12 bulan hanya layak kepada  pemohon yang berkahwin bermula 1hb Januari 2022 sahaja

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

◾Salinan Kad Pengenalan pemohon.
◾Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
◾Satu Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon  bukan beragama Islam)
◾Borang Pengesahan Mastautin (bagi pemohon bukan kelahiran Selangor)

Info Penting:
* Anda perlu menggunakan borang yang dikeluarkan oleh YAWAS sahaja. Borang boleh didapati setelah mendaftar online dan dicetak bersama borang permohonan.

Semakan Status Insentif Perkahwinan Selangor 2024 Online

1. Untuk membuat semakan status Insentif Perkahwinan Selangor, pemohon perlu melayari laman web seperti berikut:
KLIK 👉 SEMAKAN YAWAS

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik pada butang 'SEMAK'.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Semoga perkongsian Permohonan Insentif Perkahwinan Belia tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

Powered by Blogger.