Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2023 Online



Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2023 Online|APA itu APM? Adakah anda berminat dan berkelayakan menjadi sukarelawan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)? Berita baik buat anda yang berkelayakan dan berminat menyertai sebagai anggota APM tahun 2023. Kini, anda boleh membuat permohonan sukarelawan APM 2023 secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi ASPA. Berikut dikongsikan Permohonan APM 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2018 Online

Sedia maklum, Sukarelawan Pertahanan Awam adalah merupakan orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana Pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada. Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan bagi melatih orang awam dalam menghadapi bencana/ operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/ aman. Selain itu, melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/ operasi menyelamat.

Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan Anggota APM online termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan APM 2023 Online

1. Pemohon perlu layari ke Portal Rasmi
    ASPA melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://aspa.civildefence.gov.my/

2. Klik pada pautan Permohonan 
    Pendaftaran ASPA untuk pendaftaran
    permohonan.

3. Lengkapkan maklumat pada ruangan
    yang bertanda * dengan tepat.

Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2018 Online

4. Setelah siap diisi, tekan pada butang
    'SIMPAN' untuk pendaftaran maklumat.

Syarat Kelayakan Permohonan Sukarelawan APM 2023

Antara syarat kelayakan Sukarelawan APM adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atau
2. Tidak menyertai badan beruniform yang lain
3. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
4. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR

Kemudahan-Kemudahan

Antara kemudahan yang boleh dinikmati untuk anggota Sukarelawan APM:

◾Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
◾Mendapat elaun berkhidmat
◾Mendapat Uniform percuma
◾Menerima bounti (Saguhati) tahunan
◾Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/ Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia

Cara Hubungi

Untuk makluman lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan APM, sila hubungi di:

Cawangan Perkhidmatan & Tatatertib Pasukan
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur

No Tel : 03-2687 1309/ 1310
Email : cpt_ippa@civildefence.gov.my

Selamat membuat Permohonan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai anggota APM!

7 comments:

  1. hi ptg.nak buat permohonan kenapa tak dapat ya nak isi borang online

    ReplyDelete
  2. saya nak mohon online tapi tak boleh nak isi

    ReplyDelete
  3. Saya nak mohon tapi tak dapat isi

    ReplyDelete
  4. asalamualaikum kenapa saya nk isi x boleh ya

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum ,saya nak tanya kenapa ye saya nak mohon online tak boleh ye

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum saya noralyamaisara binti rashidy umur 18 tahun ingin menjadi seoramg ahli anggota jpam dan saya meminat untuk menjadi sukarelawan.

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi sy nk isi online sukarelawan jpam tapi tidak dapat.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.