Permohonan egTukar 2020 Pertukaran Guru Online



Permohonan egTukar 2020 Pertukaran Guru Online|ADAKAH anda seorang guru dan berminat membuat permohonan pertukaran sekolah? Perhatian buat para guru yang ingin membuat permohonan pertukaran sekolah secara online. Menerusi Portal egTukar KPM, permohonan egTukar Januari 2020 dijangka akan dibuka secara online pada bulan Februari 2020.

Permohonan egTukar 2018 Pertukaran Guru Online

Sedia maklum, egTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibawah Pengurusan Guru. Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah) dan guru.

Permohonan egTukar 2020 Pertukaran Guru Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh penting dan aplikasi permohonan:

◾ Tarikh Permohonan: *Akan dikemaskini
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 https://epgo.moe.gov.my

Cara Permohonan egTukar 2020 Pertukaran Guru Online

1. Pemohon perlu layari laman web
    permohonan egTukar melalui pautan
    seperti berikut:
KLIK: 👉 https://epgo.moe.gov.my/

2. Kemudian, daftar masuk dengan
    menggunakan ID Pengguna, Kata Laluan
    dan No. KP.

3. Pemohon perlu melengkapkan segala
    maklumat atau butiran yang diperlukan.

Kriteria Melayakkan Guru Lulus Bertukar Ke Negeri Lain

Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:

1. Kepentingan perkhidmatan
2. Kekosongan jawatan
3. Keperluan opsyen di negeri yang
    dimohon

Jenis Guru Layak Membuat Permohonan Pertukaran Guru

1. Guru Penolong Gred DG29
2. DG32 (KUP TIME-BASED)
3. DG34 (KUP TIME-BASED)
4. DG38 (KUP TIME-BASED)
5. DG41
6. DG42
7. DG44 (KUP TIME-BASED)
8. DG48 (KUP TIME-BASED)
9. DG52 (KUP TIME-BASED)
10. DG54 (KUP TIME-BASED)

Semakan Keputusan egTukar Sesi 2020

Semakan keputusan eGTukar Guru sesi 2020 boleh dibuat secara online melalui pautan dibawah:

KLIK 👉 Semakan Keputusan eGTukar Guru

Selamat membuat permohonan egTukar 2020 Pertukaran Guru secara online! Semoga permohonan pertukaran guru anda diluluskan!

No comments

Powered by Blogger.