Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online



Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online|ADAKAH anda ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Anda berminat membuat pinjaman pengajian ke IPTA / IPTS? Berita baik buat warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan bermaustatin di negeri Sabah. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 dijangka bakal dibuka secara online pada bulan Januari 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online buat rujukan anda.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS
👉 Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Sabah 

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2018 Online

Sedia maklum, permohonan biasiswa Yayasan Sabah akan dibuka setiap tahun bagi yang berkelayakan. Warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan bermastautin di Sabah dan atau salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah dipelawa memohon tajaan Biasiswa atau Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah untuk mengikuti kursus peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah bagi sesi pengajian 2019.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan Biasiswa Yayasan Sabah termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online

1. Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah boleh dibuat secara online melalui pautan di https://ysedu-online.net.my/YSEDU/

2. Pastikan sebelum mengakses borang secara online, pemohon perlu membeli No. PIN terlebih dahulu. Harga No. PIN adalah RM 3.00 setiap satu.

4. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

3. Setelah borang siap diisi dengan lengkap, anda perlu cetak borang permohonan bersama salinan dokumen yang disahkan dan dihantar ke alamat tertera dibawah:

Bahagian Pembangunan Pendidikan
Yayasan Sabah
Aras 5, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALU

Dokumen Penting Yang Diperlukan

◾Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
◾Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/ Penjaga.
◾Sijil-sijil persekolahan.
◾Satu keping gambar berukuran pasport.
◾Slip gaji terakhir pemohon (jika bekerja),  atau; slip gaji terakhir ibu dan bapa (bagi pemohon yang tidak bekerja).
◾Surat pelepasan atau surat kelulusan cuti  belajar (untuk pegawai kerajaan).
◾Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (jika ada)
◾Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar).

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sabah 2023

1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
◾Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2017.

2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah
◾Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.

3. Biasiswa Kejuruteraan
◾Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi /’A’ Level

4. Kursus Foundation (Kejuruteraan)
◾Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

5. Biasiswa Perubatan Mesir
◾Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi.

6. Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)
◾Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

7. Dermasiswa Kemahiran Belia
◾Pemohonan daripada para Belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM.

8. Dermasiswa KTYS
◾Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

Pinjaman Pengajian

Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Yayasan Sabah, sila hubungi di:

Menara Tun Mustapha
Yayasan Sabah Headquarters Complex
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Tel: +(60) 88 326300
Fax: +(60) 88 326424
Email: ysinfo@ysnet.org.my

Selamat membuat permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yayasan Sabah!

3 comments:

  1. Alaaa. Baru terfikir nak mohon. Tapi untuk master tiada pula.

    ReplyDelete
  2. Hello , kalau tidak mau isi online bole kan ? Ada kah tu borang pinjaman pengajian di pejabat yayasan yg berdekatan ? Tq

    ReplyDelete
  3. Lepasan stpm bole buat permohonan?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.