Semakan Jadual Penerbangan Haji 2023 Malaysia (Tarikh)
Semakan Jadual Penerbangan Haji 2023 Malaysia (Tarikh)|ADAKAH anda membuat permohonan menunaikan ibadah Haji bagi tahun 2023/ 1444H? Bilakah tarikh jadual penerbangan Haji bagi jemaah Malaysia tahun 2023? Untuk makluman anda, kini jemaah Haji Malaysia boleh membuat semakan jadual penerbangan Haji 2023 menerusi Aplikasi THiJARI 2.0 dan Tabung Haji Contact Centre (THCC). Selain itu, aplikasi THiJARI juga boleh membuat semakan status pendaftaran dan tawaran haji, mengemaskini akaun dan sebagainya. Berikut dikongsikan Semakan Jadual Penerbangan Haji 2023 Malaysia buat rujukan anda.
Sedia maklum, lazimnya penerbangan ke Tanah Suci akan bermula pada 1 Zulkaedah tahun semasa sehingga 3 Zulhijjah. Manakala penerbangan balik dijangka bermula pada 18 Zulhijjah sehingga 15 Muharram tahun semasa. Menerusi Portal Rasmi TH, penerbangan pertama jemaah Malaysia musim haji 1444H/ 2023 adalah pada 21 Mei 2023. Manakala, penerbangan pertama pulang pula dijangka pada 6 Julai 2023.
Semakan Jadual Penerbangan Haji 2023 Malaysia (Tarikh)
Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan semakan jadual penerbangan Haji Malaysia tahun 2023/ 1444H termasuk tarikh pelepasan:Jadual Penerbangan Haji Malaysia Tahun 2023
Berikut dikongsikan Jadual Penerbangan Haji Malaysia Tahun 2023 termasuk penerbangan pergi dan balik:
Cara Semakan Jadual Penerbangan Haji 2023
A. Tabung Haji Contact Centre (THCC)Untuk mendapatkan maklumat penerbangan haji, sila hubungi TH Contact Centre (THCC) di talian 03 - 6207 1919.
B. Aplikasi ThiJARI
Boleh muat turun aplikasi ThiJARI menerusi Google Play dan App Store secara percuma.
Stesen Perlepasan Penerbangan Haji
Antara stesen-stesen perlepasan penerbangan Haji adalah seperti berikut:No Stesen-Stesen Perlepasan
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang
2. Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang
3. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
5. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
6. Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu
7. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah
8. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan
Artikel berkaitan:
👉 Jadual dan Lokasi Kursus Asas Haji👉 Kadar Dividen dan Bonus Tabung Haji
Cara Hubungi
Untuk mendapatkan maklumat berkaitan penerbangan jemaah haji bagi musim haji semasa, sila hubungi TH Contact Center (THCC) di talian 03 - 6207 1919.Semoga perkongsian Semakan Jadual Penerbangan Haji 2023 ini dijadikan panduan buat semua jemaah Haji di Malaysia!
bagaimana cara nk semak bile tarikh penerbangan haji ek?
ReplyDelete