Borang Permohonan Ibu Emas Pulau Pinang 2023 (Semakan Status)
Borang Permohonan Ibu Emas Pulau Pinang 2023 (Semakan Status)|ADAKAH anda penduduk tetap di negeri Pulau Pinang? Panduan buat golongan wanita yang bermastautin di negeri Pulau Pinang dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Menerusi Portal Rasmi i-Sejahtera Penang, permohonan Bantuan Ibu Emas Pulau Pinang 2023 boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan yang didapati di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR. Berikut dikongsikan Permohonan Ibu Emas Penang 2023 buat rujukan anda.
Borang Permohonan Ibu Emas Pulau Pinang 2023 (Semakan Status)
Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan Ibu Emas Pulau Pinang beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:Cara Permohonan Ibu Emas Pulau Pinang 2023
1. Borang permohonan boleh didapati di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR.Syarat Kelayakan Permohonan Ibu Emas 2023
Antara syarat kelayakan permohonan Bantuan Ibu Emas adalah seperti berikut:1. Warganegara Malaysia.
2. Bermastautin di Pulau Pinang.
3. Umur kurang daripada 60 Tahun.
4. Wanita telah berumahtangga dan tiada
berpendapatan tetap.
5. Berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di
Pulau Pinang.
Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan
Antara dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Suami
- Salinan Sijil Perkahwinan
- Salinan Sijil Kelahiran Salah Seorang Anak
Semakan Status Ibu Emas Penang 2023
*Akan dikemaskini
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan iSejahtera, sila hubungi di:No. Telefon : 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701
No. Faks : 04-261 1064
Alamat: Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46, Bangunan Komtar 10503, Pulau Pinang
Artikel Berkaitan:
👉 Tarikh Pembayaran Ibu Emas👉 Kemaskini Ibu Emas
Selamat membuat permohonan Bantuan Ibu Emas Pulau Pinang tahun 2023! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan Ibu Emas!
Assalammualaikum sya sudah berkahwin tiada pendapatan tetap tapi belu berdaftar dngan SPR layak tak saya untuk memohon ???
ReplyDelete