Harga Tong Gas Masak LPG Terkini 2024 (10kg, 12kg & 14kg)



Harga Tong Gas Masak LPG Terkini 2024|BERAPAKAH harga tong gas masak LPG terkini tahun 2024 di Malaysia mengikut saiz silinder? Panduan buat anda rakyat Malaysia yang ingin ketahui harga gas masak LPG bersubsidi terkini tahun 2024. Berikut dikongsikan harga tong gas masak LPG bersubsidi (tong gas Petronas) 2024 yang berkapasiti 10kg, 12kg dan 14kg buat panduan anda.

Harga Gas Masak LPG Terkini 2018

Untuk makluman anda, penetapan harga gas masak LPG adalah bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak berasas untuk barangan lain. TERKINI: Menurut kenyataan Gas Malaysia Berhad, kenaikan sebanyak 77 sen kepada RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu) berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember selepas menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga.

Harga Tong Gas Masak LPG Terkini 2024 (10kg, 12kg & 14kg)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga tong gas masak LPG tahun 2024 yang berkapasiti 10kg, 12kg dan 14kg:

Senarai Harga Tong Gas LPG 2024 Mengikut Saiz Silinder

◾10 kg: RM 19.00
◾12 kg: RM 22.80
◾14 kg: RM 26.60


Info Penting:
*Harga tong gas LPG akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Artikel Berkaitan:

👉 Harga Gula Pasir Terkini
👉 Harga Minyak Masak Terkini

Cara Buat Aduan Ke KPDNKK

Sebarang pertanyaan atau aduan, sila kemukakan melalui e-aduan seperti berikut:

Laman Web: http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Aplikasi eZADU KPDNKK
Hubungi talian bebas tol di 1800-886-800

Semoga perkongsian Harga Gas Masak LPG Terkini 2024 ini dijadikan panduan buat anda semua!

15 comments:

  1. Adakah harga bagi Silinder 14kg rm 26.60 itu termasuk kos penghantaran.Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  2. 14 okt harga siap hantar RM 30/- area Setiawangsa..Beza RM 3.40,, Peh

    ReplyDelete
  3. Berapa harga penghantaran gas ke kedai 12kg dengan 14kg

    ReplyDelete
  4. Harga utk hantar gas ke rumah adakah mrngikut kilo meter atau pn di ttp kan

    ReplyDelete
  5. Klu mcm di appartmet kedai bawah rumah aje kis htrbrpr plk...tempat saya kos htr dpn rmah dah jadi RM30 - GAS 14KG

    ReplyDelete
  6. Ditempat saya kedai bawah appartment kos htr dpn pintu dah jadi RM30 GAS 14KG

    ReplyDelete
  7. Hari ni saya order gas 12kg yang biru rm22.80 hantar rumah tingkat 3 charge rm5 . Total rm27.80.

    ReplyDelete
  8. berapa harga gas masak setong bagi orang yang baru hendak beli?

    ReplyDelete
  9. AnonymousJuly 29, 2019

    Semalam saya beli untuk gas 14kg = RM30...Termasuk hantar depan rumah...
    area Nibong tebal Pulau Pinang

    ReplyDelete
  10. Harga gas naik dah ke, Saya beli harga RM32 ambik dikedai, huhuhu
    Penjual kok hai sg dua cylinder gas dealer 0164594774.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bayar RM32 untuk satu tong 14kg dihantar ke apartment saya. Penjual Megas Enterprise. https://megasenterprise.business.site/

      Delete
  11. Saya nak tanya gas setong berapa harga

    ReplyDelete
  12. Nak tanya, harga tong gas baru 14KG berapa ye?

    ReplyDelete
  13. Saya tak faham harga gas masak... semalam saya beli gas masak.. kedai tu charge saya 31.50...sampai rumah...tingkat 4...# Kalau harga gas sekarang 26.60+2.00(upah hantar)--baru 28.60..kenapa charge saya 31.50.##appt . Bukit Rawang PUTRA minta penjelasan

    ReplyDelete
  14. Hari ini saya bayar RM32 untuk satu tong gas Petronas 14kg dihantar ke rumah saya. Penjual habak kedai dia tak jauh dari rumah saya.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.