Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2024 Online (RMMT)



Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2024 Online (RMMT)|ANDA ingin memiliki rumah idaman sendiri? Perhatian buat anda rakyat Terengganu yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2024 boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang eperumahan.terengganu.gov.my. Berikut dikongsikan Permohonan RMMT 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2023 Online (RMMT)

Sedia maklum, Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Terengganu yang disediakan kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu dan belum pernah memiliki rumah sendiri.

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2024 Online (RMMT)

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan cara permohonan RMMT beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan RMMT 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi e-Perumahan Terengganu secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://eperumahan.terengganu.gov.my/eperumahan/

2. Pastikan daftar akaun baru terlebih dahulu bagi yang belum pernah mempunyai akaun pengguna.

3. Selepas siap buat pendaftaran, sila login semula ke akaun pemohon.

4. Pilih daerah projek perumahan.

5. Isikan maklumat pemohon dengan lengkap dan klik pada butang 'Hantar'.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2024

Antara syarat permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu adalah seperti berikut:

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Senarai Lokasi Projek Rumah Mampu Milik Terengganu 

Antara Lokasi Projek RMMT yang disediakan adalah seperti berikut:

1. Besut
2. Dungun
3. Kemaman
4. Kuala Terengganu
5. Marang
6. Hulu Terengganu
7. Kuala Nerus
8. Setiu

Semakan Status Rumah Mampu Milik Terengganu RMMT 2024 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan RMMT, sila hubungi di:

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
( PERUMAHAN )
Tingkat Bawah No. 28,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

No. Telefon : 09 - 626 7999 / 09 - 631 7999
No. Faks : 09 - 6262999

Selamat membuat Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu RMMT secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran RMMT!

No comments

Powered by Blogger.