Live Streaming Anugerah Bintang Popular BH 35 ABPBH 2023 (Siaran Langsung)



Live Streaming Anugerah Bintang Popular BH 35 ABPBH 2023 (Siaran Langsung)|BILAKAH tarikh ABPBH 2023 edisi kali ke-35 bakal berlangsung? Untuk makluman anda, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 atau mudah dikenali sebagai ABPBH 2023 bakal diadakan secara rasmi pada 21 Julai 2023, hari Jumaat mulai jam 9.00 malam yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 turut disiarkan secara langsung di Media Prima TV3 dan secara online di Live Streaming ABPBH 35.

Live Streaming Anugerah Bintang Popular BH 31 ABPBH 2018

Sedia maklum, untuk edisi kali ke-35 ini, ABPBH 2023 bakal menampilkan tema “Ekspresi Legasi Seni”. Tema ini membawa peminat seni tanah air untuk menelusuri evolusi industri kreatif bermula dari era kegemilangan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma hingga bakat pelapis era digital. Penyampai radio Hot FM, Johan dan pengacara popular, Ain Edruce diumumkan sebagai hos utama ABPBH ini. Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan oleh Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Aina Abdul, Sufian Suhaimi, Baby Shima dan ramai lagi.

Live Streaming Anugerah Bintang Popular BH 35 ABPBH 2023 (Siaran Langsung)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan live streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 2023) termasuk siaran langsung dan senarai kategori dipertandingkan:

Info Penting Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023

Lokasi: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tarikh: 21 Julai 2023
Hari: Jumaat
Masa: Jam 9:00 malam
Pengacara: Johan dan Ain Edruce

Video Live Streaming Anugerah Bintang Popular BH 2023

LINK LIVE 👉 https://www.tonton.com.my/ABPBH35/index.html       

Info Penting:
*Klik LINK live streaming yang disediakan di atas untuk tontonan secara online!👆

Senarai Kategori Dipertandingkan

Terdapat 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra yang dipertandingkan dalam acara ini. 5 pemenang atau top 5 akan dipilih dalam setiap kategori.

12 Kategori Utama

BBNU Lelaki Popular
BBNU Wanita Popular
Penyanyi Lelaki Popular
Penyanyi Wanita Popular
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Aktor Filem Popular
Aktres Filem Popular
Aktor TV Popular
Aktres TV Popular
Penyampai Radio Popular
Pengacara TV Popular
Artis Komedi Popular

Tujuh Kategori Ekstra!

Couple Drama Popular
Couple Filem Popular
Drama Popular
Lagu Paling Boom
Content Creator Popular
TikTokers Popular
Video Viral Popular

Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Keputusan Pemenang ABPBH

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan ABPBH 2023, sila layari Portal Rasmi ABPBH 35 di pautan https://www.abpbh.com.my/.

Siapakah yang bakal merangkul pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi tahun 2023? Sama-sama kita saksikan secara langsung menerusi Media Prima TV3 dan live streaming di YouTube!

No comments

Powered by Blogger.