Permohonan Tabika Kemas 2023 Online (Semakan Keputusan)



Permohonan Tabika Kemas 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Tabika Kemas 2023 bakal dibuka? Panduan buat ibu bapa dan penjaga yang berminat membuat permohonan kemasukan anak-anak ke Tabika Kemas ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Tabika Kemas 2023 bakal dibuka secara online pada 1 Ogos 2022 hingga tarikh tutup bulan 31 Disember 2022. Berikut dikongsikan Permohonan Tabika Kemas 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Tabika Kemas 2019 Online

Sedia maklum, pendaftaran Tabika Kemas adalah terbuka kepada anak-anak yang berusia 5 - 6 tahun dan mencukupi syarat kemasukan.

Permohonan Tabika Kemas 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Tabika Kemas beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan Tabika Kemas 2023

◾Tarikh Permohonan: 1 Ogos 2022 - 31 Disember 2022
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 TABIKA KEMAS

Cara Permohonan Tabika Kemas 2023 Online

1. Pemohon perlu memuat turun borang
    permohonan menerusi pautan seperti
    berikut:
KLIK 👉 https://www.kemas.gov.my/

Cara Pendaftaran Tabika Kemas 2023 Online

1. Layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui pautan di https://enrol.kemas.gov.my/.

2. Kemudian, klik [BORANG PERMOHONAN].

3. Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan. Sekiranya tiada senarai No. MyKid untuk dipilih, sila kemas kini Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna.

4. Maklumat di Profil Pengguna merupakan maklumat yang diekstrak daripada pangkalan data Portal MyGovernment sewaktu pengguna pertama kali berjaya log masuk ke Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS.

5. Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga ini.

6. Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada Borang Permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.

7. Isikan juga Maklumat Kesihatan, Maklumat Keluarga, Maklumat Tanggungan, Pemilihan Tabika dalam ruang yang disediakan.

8. Klik [Simpan] untuk menyimpan maklumat.

9. Anda perlu membuat pengesahan dan menerima notis permohonan berjaya.

Syarat Kemasukan Tabika Kemas 2023

Antara syarat kemasukan Tabika Kemas adalah seperti berikut:

1. Kanak-kanak yang mempunyai status
    Warganegara Malaysia sahaja.
2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4
    hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-
    kanak berumur 5 dan 6 tahun).
3. Permohonan kemasukan ke Tabika
    KEMAS tahun 2019 akan dibuka mulai
    Jun hingga Oktober 2018.
4. Borang permohonan boleh dimuat turun
    melalui portal Jabatan Kemajuan
    Masyarakat (http://www.kemas.gov.my)
    serta di semua Tabika KEMAS.
5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah
    kelas adalah terhad iaitu seramai 25
    orang sahaja.
6. Borang pendaftaran yang telah lengkap
    diisi beserta dokumen yang berkaitan
    hendaklah dihantar terus ke Tabika
    KEMAS yang berdekatan.
7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika
    akan mengeluarkan surat jawapan
    Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga
    kanak-kanak yang terlibat.
8. Surat pemberitahuan permohonan
    Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat
    lewatnya pada minggu kedua bulan
    November 2018.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran:

1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Semakan Keputusan Tabika Kemas 2023 Online

*Akan dikemaskini

Selamat membuat permohonan Tabika Kemas tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Tabika Kemas!

No comments

Powered by Blogger.