Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2022 Tingkatan 1



Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2022 Tingkatan 1|BILAKAH tarikh permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Tingkatan 1 tahun 2022 bakal dibuka? Panduan buat pelajar Tahun 6 yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2021 pada bulan September yang lalu. Untuk makluman anda, permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) 2022 dijangka akan dibuka secara online pada bulan November 2021 selepas keputusan UPSR diumumkan.

Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019 Tingkatan 1

Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2022 Tingkatan 1

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan SM Imtiaz Terengganu beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan SM Imtiaz Terengganu 2022 Online

1. Pemohonan SM Imtiaz Yayasan  Terengganu boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK👉 http://www.yt.gov.my @ http://myimtiaz.com.my

Syarat Kelayakan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2022

Antara syarat kelayakan permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu adalah seperti berikut:

1. Mendapat minimum 4A 2B dalam UPSR 2019.

2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
◾Ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
◾Ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.

3. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan jawi.

4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.

5. Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.

6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu

1. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Besut
2. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Kuala Terengganu
3. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Kuala Nerus
4. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Kuala Berang
5. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Setiu
6. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Marang

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
Tingkat 3, Bangunan Yayasan Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu,
Malaysia.
No. Telefon: 09-6221733
No. Faks: 09-6232944

Selamat membuat permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2022 secara online! Moga anda berjaya mendapat tawaran SM Imtiaz Yayasan Terengganu!

No comments

Powered by Blogger.