Permohonan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab KPM 2022 Online



Permohonan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab KPM 2022 Online|ADAKAH anda pelajar lepasan PT3 tahun 2021? Panduan buat pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang berminat melanjutkan pengajian di Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab ambilan Januari 2022. Menerusi Portal Rasmi KPM, permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2022 boleh dibuat secara online mulai bulan Disember 2021.

Permohonan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab KPM 2019

Sedia maklum, Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab adalah penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan kitab turath untuk murid tahfiz terpilih.
Pelaksanaannya bertujuan memantap dan memperkasa KBT dalam arus perdana ke arah melahirkan murid-murid yang seimbang dan cemerlang dalam mata pelajaran berasaskan naqli dan ‘aqli serta ilmu turath untuk menyediakan generasi ulama pelapis dan cendekiawan Islam.

Permohonan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab KPM 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan Program Al-Syahadah Ulul Albab beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Al-Syahadah Ulul Albab 2022

◾Tarikh Dibuka: -
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2022 Online

1. Pemohon boleh layari Portal Rasmi Yayasan Terengganu secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://ytklik.terengganu.gov.my/

Syarat Kemasukan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2022

Antara syarat kemasukan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari sesi persekolahan tahun 2019;

2. Lulus ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan mendapat sekurang-kurangnya 6A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/ Usul al-Din/al-Syariah dan Bahasa Arab/al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah;

3. Telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk dan mendapat perakuan daripada pihak sekolah;

4. Melalui proses temu duga dengan mengambil kira pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan;

5. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat tingkatan 5.

Semakan Status Panggilan Temuduga

1. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui laman sesawang https://my01.awfatech.com/imtiaz2/sps/alsyahadah/statusreg.php pada 28 Disember 2018.

2. Calon yang berjaya dalam temuduga al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab boleh menyemak keputusan temuduga melalui laman sesawang https://my01.awfatech.com/imtiaz2/sps/alsyahadah/statusreg.php pada 17 Januari 2019.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2
NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No. Telefon        : 03-8321 7336
E-mel                  : yusnidah.mahat@moe.gov.my

YAYASAN TERENGGANU
BANGUNAN YAYASAN
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz )
No. Telefon : 09-622 1733

Selamat membuat Permohonan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab KPM 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab!

No comments

Powered by Blogger.