Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 2023



Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 2023|ANDA berminat membuka akaun AHB? Bagaimana cara daftar akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara buka akaun AHB tahun 2023 dengan mudah. Berikut dikongsikan cara membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera 2023 buat panduan anda.

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 2019

Sedia maklum, AHB merupakan unit amanah patut syariah pertama di Malaysia yang diuruskan oleh PHB dengan had maksimum pelaburan skim kini berjumlah RM500,000 manakala jumlah minimum pelaburan adalah RM100. Dana AHB adalah terbuka kepada semua individu Bumiputera Malaysia yang berumur seawal 3 bulan. Kadar AHB adalah sama seperti pelaburan Amanah Saham Berhad (ASB), dimana harga seunit adalah tetap pada harga RM1.

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara atau panduan buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) termasuk cara daftar dan syarat kelayakan:

Panduan Membuka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera 2023

Langkah 1:

- Anda boleh berjumpa dengan pegawai bank yang bertugas atau terus meminta bantuan di Kaunter Pertanyaan berkaitan dengan pelaburan AHB. 

- Beritahu pegawai yang bertugas niat pelabur sama ada ingin membuka akaun pelaburan ataupun tambah pelaburan dalam AHB. Anda akan diarahkan untuk berunding dengan Eksekutif Kewangan (FE) di bagi menjelaskan mengenai AHB dengan lebih terperinci.

Langkah 2:

- Anda perlu mengisi borang Borang Pendaftaran Akaun Dewasa atau Borang Pendaftaran Akaun Kanak-Kanak atau Remaja. Anda juga akan diminta untuk memberikan nombor akaun bank di dalam borang tersebut. 

- Caj minimum mungkin dikenakan untuk akaun bank selain Maybank dan Ambank untuk menampung kos urus niaga.

Langkah 3:

- Anda perlu menghantar borang yang lengkap diisi beserta dengan Kad Pengenalan (MyKad),  Mykid atau Surat Beranak asal untuk individu berumur tiga (3) bulan hingga 18 tahun. 

- Anda juga perlu membuat pembayaran jumlah pelaburan sama ada dalam bentuk tunai ataupun cek kepada jurubank di kaunter.

Langkah 4:

- Satu salinan disahkan daripada Borang Pendaftaran akan dikeluarkan oleh pihak bank kepada pelabur sebagai bukti pelaburan. Pelabur perlu menyimpan borang ini sebagai rujukan di kemudian hari.

- Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi cawangan/ ejen sah AHB terdekat anda di Maybank, AmBank dan AmIslamic Bank.


Kelebihan Melabur AHB

Antara kelebihan pelaburan AHB adalah seperti berikut:

● Pelaburan ini disokong oleh hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia.

● AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah.

● Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dan berpengalaman.

● Mampu kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan kecil.

● Hak dan kepentingan anda dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah untuk Dana.

● Pelaburan jangka panjang dengan pulangan berpotensi kompetitif.

Syarat Kelayakan Permohonan Amanah Hartanah Bumiputera 2023

Antara kriteria kelayakan permohonan Amanah Hartanah Bumiputera adalah seperti berikut:

1. Bumiputera Malaysia:

2. Akaun Dewasa (18 tahun dan ke atas);

3. Akaun Remaja (untuk kanak-kanak berusia tiga (3) bulan dan ke atas tetapi kurang daripada 18 tahun dengan nama seorang penjaga yang sah. Penjaga undang-undang mestilah berusia 18 tahun ke atas.

Semoga perkongsian Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ini dijadikan rujukan buat anda semua!

3 comments:

  1. berapa deposit permulaan utk buka akaun AHB ya?

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 05, 2022

    masih ada yg unit yg boleh di beli

    ReplyDelete

Powered by Blogger.