Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2022 Online



Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2022 Online|BERITA baik buat pelajar Ijazah Sarjana Muda yang berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa ISMP 2022 bakal dibuka mulai 1 Mac 2019, jam 4.00 petang hingga tarikh tutup 31 Mac 2019. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman sesawang https://epenawaran.moe.gov.my/.

Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2019 Online

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa semua pelajar yang berkelayakan, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa ISMP beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2022

◾Tarikh Dibuka: -
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan Biasiswa ISMP 2022

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi ePenawaran secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://epenawaran.moe.gov.my

2. Permohonan yang tidak lengkap, lewat, tidak memenuhi syarat dan/atau dihantar melalui kaedah lain selain daripada tatacara permohonan yang ditetapkan tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa ISMP 2022

A. Syarat Umum

1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
2. Umur calon tidak melebihi dua puluh lima (25) tahun pada 1 Januari 2019 (tahun
permohonan);
3. Calon adalah pelajar Fakulti Pendidikan di UA yang sedang mengikuti pengajian
tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang ditetapkan
oleh KPM;
4. Calon belum menerima sebarang tawaran biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja;
5. Calon bersedia melepaskan tajaan sedia ada sekiranya ditawarkan biasiswa ISMP oleh KPM;
6. Calon sihat tubuh badan;
7. Calon aktif dalam kegiatan kokurikulum;
8. Calon bukan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

B. Syarat Asas Akademik

1. Calon memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan
lantikan ke perkhidmatan awam;
2. Calon mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu (peperiksaan bertulis dan Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
3. Calon LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Calon mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan
semester terkini (semester 1 atau 2 sahaja) di peringkat Ijazah Sarjana Muda;
5. Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagisn Biasiswa dan Pembiayaan
Aras 2, No. 2 Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Laman Web: https://epenawaran.moe.gov.my
No. Telefon: 03-8870 4020 / 6000 / 6373 / 6442 / 4961 / 6338 / 6361
Faks: 03-8870 6839

Selamat membuat permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2022 secara online!

No comments

Powered by Blogger.