Permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) JPA 2022 Online



Permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) JPA 2022 Online|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian dalam atau luar negara? Panduan buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin membuat permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) JPA ambilan tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional 2022 boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi JPA.

Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2019 Online

Sedia maklum, Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2022 merupakan penajaan
kepada 20 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) JPA 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan PPN JPA 2022 beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2022 Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian (online) melalui pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 http://esilav2.jpa.gov.my

2. Pastikan sebelum membuat permohonan secara online, anda perlu daftar akaun JPA terlebih dahulu.

3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 Mac 2019 (Khamis) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Kelayakan Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional 2022

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Biasiswa JPA PPN adalah seperti berikut:

1. Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
(iv) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
(v) Menduduki peperiksaan SPM tahun 2018 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah
swasta atau calon-calon persendirian; dan
(vi) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

2. Syarat Khusus

i. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya kurangnya 9A+ dan minimum gred A bagi mata pelajaran lain (sekiranya ada) dalam peperiksaan SPM dengan mendapat gred A+ bagi mata pelajaran
berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Sejarah;
3. Bahasa Inggeris;
4. Matematik;
5. Matematik Tambahan;
6. Fizik;
7. Kimia; dan
8. Dua (2) mata pelajaran lain.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis
👉 Permohonan Program Penajaan 9A+ JPA

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Selamat membuat permohonan Program Penajaan Nasional JPA Tahun 2022 secara online!

No comments

Powered by Blogger.