Permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA 2020



Permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA 2020|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian dalam negara? Panduan buat anda lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana tajaan JPA yang ingin membuat permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Program Pelajar Cemerlang 2020 boleh dibuat secara online mulai 1 Julai 2019 hingga tarikh tutup 7 Julai 2019 jam 4.30 petang melalui Portal Rasmi JPA.

Permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA 2019

Sedia maklum, program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Sarjana untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana / Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2019.

Permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA 2020 Online

1. Permohonan dibuka secara atas talian di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 01 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 07 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

2. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2019 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Syarat Kelayakan Program Pelajar Cemerlang 2020

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA tahun 2019 adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

(a) Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan;

(b) Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama / Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;

(c) Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana;

(d) Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2018 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);

(e) Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Senarai universiti adalah seperti di Lampiran A;

(f) Program Ijazah Sarjana yang dipohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja;

(g) Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2019 (kecuali pelajar yang ingin menyambung pengajian di Jepun – sehingga Mei 2020);

(h) Mempunyai baki tempoh pengajian sebanyak 12 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran.

Semakan Keputusan Program Pelajar Cemerlang 2020

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 04 September 2019 (Rabu) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam lawan sesawang eSILA.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis
👉 Permohonan Program Penajaan 9A+ JPA

Cara Hubungi

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (3 talian) mulai 01 hingga 07 Julai 2019 (hari bekerja) mulai jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system.do.

Selamat membuat permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA Tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.