Permohonan GIATMARA 2022 Online



Permohonan GIATMARA 2022 Online|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke GIATMARA ambilan 2022 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar bumiputera yang ingin mengikuti latihan kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA sesi kemasukan Januari & Julai 2022. Untuk makluman anda, permohonan GIATMARA ambilan 2022 bakal dibuka secara online pada bulan Oktober 2021 menerusi Portal Rasmi GIATMARA.

Permohonan GIATMARA 2020 Online

Sedia maklum, penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Permohonan GIATMARA 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan GIATMARA beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan GIATMARA Januari & Julai 2022 Online

Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa:

A) Program Sepenuh Masa

Untuk Permohonan Kemasukan Baru GIATMARA 2020 melalui online, hanya untuk pemohon program latihan secara sepenuh masa (full time).

Sila layari website berikut untuk mengisi borang permohonan anda:
KLIK 👉 http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/

B) Program Separuh Masa

Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (part time), sila dapatkan di sini borang manual di pautan dibawah dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

KLIK 👉 Borang Permohonan Program Separuh Masa

Syarat Kemasukan GIATMARA 2022

Antara syarat kemasukan Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA adalah seperti berikut:

1. Bumiputera
2. Berumur minima 15 tahun
3. Boleh membaca, menulis dan minat (3M)
4. Sihat tubuh badan
5. Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik

Senarai Jurusan Kursus Yang Ditawarkan

Berikut dikongsikan kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia:
  • Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektrikal (KEL)
  • Kluster Elektronik Mekatronik
  • Kursus Kluster Fabrik
  • Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kluster Pembuatan
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kursus Kluster Percetakan
  • Kluster Senibina

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi di:

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03- 2691 5111 sambungan 3402
Fax : 03- 2691 0249
e-mail : pel@giatmara.edu.my

Selamat membuat permohonan GIATMARA sesi 2022 secara online! Semoga calon berjaya mendapat tawaran kemasukan Pusat Latihan GIATMARA!

3 comments:

  1. Saya berminat masuk giatmara..

    ReplyDelete
  2. saya juga berminat untuk masuk giatmara

    ReplyDelete
  3. Sya berminat masuk giatmara untuk tahun 2022

    ReplyDelete

Powered by Blogger.