Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2024 (Cara Daftar)



Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2024 (Cara Daftar)|BILAKAH tarikh permohonan Air Percuma Selangor 2024 bakal dibuka? Berita baik buat warga Negeri Selangor yang berpendapatan isi rumah RM5,000 & ke bawah dan ada premis kediaman mempunyai meter individu. Untuk makluman anda, permohonan Air Percuma Selangor 2024 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my. Berikut dikongsikan Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2019

Sedia maklum, Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini bertujuan bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini. Pendaftaran baharu ini diperkenalkan dalam usaha penjajaran semula program air percuma, yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan, bermula pada 1 Mac tahun depan. Pemohon akan dimaklumkan selewat-lewatnya penghujung Februari 2020, iaitu sebelum pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan yang akan bermula pada 1 Mac 2020.

Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2024 (Cara Daftar)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Permohonan Air Percuma Selangor beserta cara daftar dan syarat kelayakan permohonan:

Cara Pendaftaran Air Percuma Selangor 2024

A. Secara Online

1. Permohonan Air Percuma Selangor boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/login.

2. Klik Pada Akaun Saya. Bagi pengguna kali pertama, klik pada "Daftar Akaun".

3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti Nama, Emel, No. KP dan Kata Laluan.

4. Kemudian, klik pada Daftar. Log Masuk akaun anda kembali untuk membuat permohonan SADE.

B. Secara Manual

1. Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan boleh juga dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:

• Laman web: www.airselangor.com
• Kaunter Perkhidmatan di semua sepuluh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
• Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Negeri
• Hubungi talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan

2. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui e-mel kepada iprair@airselangor.com atau diserahkan di kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.

Syarat Kelayakan Permohonan Air Percuma Selangor 2024

Mereka yang berkelayakan untuk memohon Skim Air Darul Ehsan adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
2. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,OOO dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).
3. Premis kediaman mempunyai meter individu.
4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Air Percuma Selangor, sila rujuk dibawah:

• Laman Web: www.airselangor.com
• Kaunter Perkhidmatan di semua sepuluh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
• Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Negeri
• Hubungi talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan

Selamat membuat Permohonan Skim Air Percuma Selangor secara online! Semoga anda berjaya mendapat bantuan Air Percuma Selangor!

1 comment:

  1. in future, they will open the application for the free water again?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.