Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Dia Yang Ku Cinta



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Dia Yang Ku Cinta|NANTIKAN drama terbaru adaptasi novel Dia Yang Ku Cinta karya Indah Hairani yang bakal bersiaran pada 26 November ini di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad dan Luqman Hafidz sebagai teraju utama. Drama 15 episod ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan terbitan dibawah A.Aida Production.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Dia Yang Ku Cinta

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Dia Yang Ku Cinta

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan info penting drama Dia Yang Ku Cinta (Slot Samarinda TV3) termasuk sinopsis dan senarai pelakon:

Info Penting Drama Dia Yang Ku Cinta

JUDUL: DIA YANG KU CINTA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Fatin Nabila & Indah Hairani
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Shah Rezza, Catriona Ross, Siti Khadijah Halim, Riena Diana, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Ruminah Sidek, Zila Bakarin, Izzy Reef, Qistina Raisah

WATAK PELAKON

Sharnaaz Ahmad sebagai Luqman
Syerinie Myra sebagai Cempaka Amna
Luqman Hafidz sebagai Hafiz Andrew
Siti Khadijah Halim sebagai Lara Andrew
Catriona Ross sebagai  Mahanna

SINOPSIS:

Cempaka Amna dan adiknya Iman Idham merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid.  Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna bila ibu kandung mereka telah meninggal dunia.

Anak kepada Puan Marhanna iaitu Lara Andrew juga mempunyai sikap yang sama seperti ibu mereka namun abang kepada Lara Andrew begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini.

Hafidz Andrew dan Lara Andrew adalah juga merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki inggeris. Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Hanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka.

Pertemuan dengan Luqman, seorang jurutera itu memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara itu namun cinta Hafidz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Mahanna dan Lara Andrew. 

No comments

Powered by Blogger.