Sinopsis Drama Di Hujung Ranting Lakonan Shukri Yahaya & Nad Zainal



Sinopsis Drama Di Hujung Ranting Lakonan Shukri Yahaya dan Nad Zainal|NANTIKAN drama bersiri terbaru yang diadaptasi novel berjudul 'Di Hujung Ranting' karya Indah Hairani akan ditayangkan bermula pada 24 April 2020 jam 5:30 petang di slot RTM TV2. Bakal dibintangi pelakon seperti Shukri Yahaya, Nad Zainal, Dayang Areeda, Amar Asyraf dan ramai lagi. Drama 30 episod ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan terbitan dibawah A.Aida Production.

Sinopsis Drama Di Hujung Ranting Lakonan Shukri Yahaya & Nad Zainal

Sinopsis Drama Di Hujung Ranting Lakonan Shukri Yahaya dan Nad Zainal

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan info penting drama Di Hujung Ranting (Slot RTM) termasuk sinopsis dan senarai pelakon:

Info Penting Drama Di Hujung Ranting

JUDUL : DI HUJUNG RANTING
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 April 2020, Jam 5:30 Petang
SIARAN TV : RTM TV2
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENULIS NOVEL : Indah Hairani
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Amar Asyraf, Umar Dzariff, Aishah Atan, Aida Khalida , Fazlina Ahmad Daud, Zoey Rahman, Arash Mohd, Afzan A Rahman, Silfeny Osman, Jovi Heng, Joyce Harn

WATAK PELAKON:

Nad Zainal sebagai Mawar
Shukri Yahaya sebagai Amar
Dayang Areeda sebagai Fatin
Amar Asyraf sebagai Hakim
Ummar Dzariff sebagai Amar Hakimi
Afzan A Rahman sebagai Helmi
Silfeny Osman sebagai Syuhadah

Sinopsis Drama Di Hujung Ranting

Mengisahkan Mawardah dipertemukan dengan Amar dalam satu kemalangan kecil. Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.

No comments

Powered by Blogger.