Contoh Tajuk Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2023



Contoh Tajuk Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2023|ADAKAH anda calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2023? Perhatian buat pelajar Tingkatan Enam (6) yang bakal menduduki peperiksaan STPM tahun 2023 bagi matapelajaran Pengajian Am. Berikut dikongsikan Contoh Tajuk Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2023 buat rujukan pelajar.

Contoh Tajuk Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2020

Sedia maklum, pelajar diwajibkan melaksanakan dan menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2023 (Kertas 4 - 900/4) mengikut masa dan syarat yang ditetapkan. Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia samada  sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus sebagai satu daripada komponen penilaian untuk semester 2.

Contoh Tajuk Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh tajuk dan tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2023 yang meliputi tarikh dan manual kerja:

Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2023

1. Pilih satu daripada tema di bawah ini dan sediakan kerja kursus yang panjangnya tidak melebihi 5000 patah perkataan.

◾Tema 1 - Sosial dan Budaya: Pendidikan
◾Tema 2 - Sains dan Teknologi: Perubatan

Perkara Penting Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2023

1. Kerja kursus Pengajian Am wajib diambil oleh semua calon.

2. Kerja kursus Pengajian Am hendaklah dilaksanakan dalam semester 2.

3. Tema kerja kursus Pengajian Am tahun 2023 adalah berdasarkan tajuk yang
dipelajari dalam semester 2.

Arahan Am dan Peringatan Kepada Calon STPM 2023

1. Calon digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan.

2. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:

2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
2.2 Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
2.3 Tulisan: Times New Roman (font 12)
2.4 Langkau (spacing): 1.5

3. Panjang penulisan tidak melebihi 5000 patah perkataan, iaitu tidak termasuk jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, sinopsis, kandungan, dan penghargaan.

4. Calon boleh menggunakan ilustrasi/ gambar rajah untuk menyokong penulisan. Format penghasilan gambar rajah, jadual, peta, dan foto adalah seperti pada Lampiran 5.

5. Calon dikehendaki menulis rujukan mengikut kaedah Gaya Dewan. Format penulisan rujukan adalah seperti pada Lampiran 6.

6. Panjang abstrak adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, kaedah kajian, penemuan utama, dan kesimpulan yang ditulis dalam satu perenggan.

7. Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:

7.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
7.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
7.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
7.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
7.5 Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5)
7.6 Kerja kursus Pengajian Am

8. Setiap helaian kertas jawapan kerja kursus hendaklah dicatatkan nombor kad pengenalan di bahagian atas sebelah kanan kertas tersebut (nama calon tidak perlu).

9. Kerja kursus yang telah disiapkan perlu diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

Download Jadual Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2023

Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan kepada calon Kerja Kursus Pengajian Am STPM (Kertas 4 - 900/4), sila muat turun Jadual Kerja Kursus Pengajian Am 2023 dalam Format PDF melalui pautan DISINI.

Semoga perkongsian Contoh Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2023 ini dijadikan rujukan buat calon STPM!

No comments

Powered by Blogger.