Novel Coronavirus: Simptom, Cara Pencegahan dan Rawatan



Novel Coronavirus: Simptom, Cara Pencegahan dan Rawatan|APA itu Novel Coronavirus (nCoV)? Apakah simptom, punca, cara pencegahan dan rawatan yang perlu diambil terhadap Coronavirus? Untuk makluman anda, Novel Coronavirus (nCoV) merupakan virus dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran penafasan dimana pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019. Berikut dikongsikan Simptom, Punca, Cara Pencegahan dan Rawatan Novel Coronavirus buat rujukan anda.

Novel Coronavirus: Simptom, Cara Pencegahan dan Rawatan

Sedia maklum, virus ini dikategori sebagai coronavirus, dimana ia sekelompok virus yang biasanya ditemui di kalangan haiwan. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, dalam kes-kes yang jarang berlaku, virus ini boleh dihantar dari haiwan ke manusia. Virus ini boleh merebak dari hubungan manusia dengan haiwan. Buat masa kini, pegawai-pegawai relevan belum tahu dimana punca virus ini datang dan menyebabkan wabak semasa di Wuhan.

Novel Coronavirus: Simptom, Cara Pencegahan dan Rawatan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Simptom, Tanda, Cara Pencegahan dan Rawatan Novel Coronavirus:

Simptom dan Tanda Novel Coronavirus

Antara simptom dan tanda-tanda Novel Coronavirus adalah seperti berikut:

◾Demam
◾Batuk
◾Sesak Nafas
◾Sakit Kepala


Cara Pencegahan Coronavirus

Antara cara pencegahan dan rawatan Coronavirus adalah seperti berikut:

1. Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
2. Menutup mulut dan hidung ketika anda bersin atau batuk dengan menggunakan tisu.
3. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
4. Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang mengalami gejala
5. Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit

Novel Coronavirus: Simptom, Cara Pencegahan dan Rawatan

Rawatan Novel Coronavirus

Tiada lagi rawatan ubat antivirus yang boleh menyembuhkan Novel Coronavirus

Semoga perkongsian Novel Coronavirus: Simptom, Cara Pencegahan dan Rawatan ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.