Sinopsis Drama Maaf Tak Indah Lakonan Azlee Khairi & Azar Azmi



Sinopsis Drama Maaf Tak Indah Lakonan Azlee Khairi dan Azar Azmi|ADAKAH peminat setia drama Melayu? Saksikan drama bersiri terbaru yang juga merupakan adaptasi novel bertajuk 'Maaf Tak Indah' karya Emy Roberto bakal ditayangkan pada 12 Februari 2020 di slot Samarinda TV3. Bakal dibintangi pelakon seperti Azlee Khairi sebagai watak Reimi manakala Azar Azmi memegang watak sebagai Syazan. Drama 18 episod ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan terbitan dibawah Zamriez Golden Pictures. Berikut dikongsikan Sinopsis Drama Maaf Tak Indah buat rujukan anda.

Sinopsis Maaf Tak Indah Lakonan Azlee Khairi & Azar Azmi

Sinopsis Drama Maaf Tak Indah Lakonan Azlee Khairi dan Azar Azmi

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan info penting drama Maaf Tak Indah (Slot Samarinda TV3) termasuk sinopsis drama, sinopsis novel dan senarai pelakon:

Info Penting Drama Maaf Tak Indah

JUDUL : MAAF TAK INDAH
EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Februari 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar, Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Melanie Tan, Pauline Tan, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman

WATAK PELAKON:

Azlee Khairi sebagai Reimi
Azar Azmi sebagai Syazan
Ruhainies sebagai ziela
Fizo Omar sebagai Jai
Zuhayr sebagai Adam
Cassia Iman sebagai Tia

SINOPSIS DRAMA MAAF TAK INDAH:

Mengisahkan Syazan yang tersilap langkah melahirkan anak yang dia cuba gugurkan. Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu menyedarkan Syazan. Namun semuanya telah terlambat dia diceraikan oleh suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan itu, malah Syazan dibuang keluarga dan berpisah dari anaknya. Hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

No comments

Powered by Blogger.