Semakan CTOS 2022 Online (Cara Daftar)



Semakan CTOS 2022 Online (Cara Daftar)|BAGAIMANA cara membuat semakan rekod atau laporan CTOS? Perhatian buat anda yang ingin membuat semakan pinjaman kewangan samada akan diluluskan atau tidak. Untuk makluman anda, semakan laporan CTOS 2022 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi CTOS. Berikut dikongsikan Cara Semakan CTOS 2022 Online buat rujukan anda.

Semakan CTOS 2020 Online (Cara Daftar)

Sedia maklum, CTOS merupakan sebuah Agensi Pelaporan Kredit (Swasta) yang didaftarkan dibawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Antara maklumat yang akan terkandung dalam laporan kredit CTOS adalah seperti rekod kredit untuk individu dan syarikat, pemilikan syarikat dan maklumat tindakan undang-undang.

Semakan CTOS 2022 Online (Cara Daftar)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan CTOS secara online termasuk cara daftar dan login akaun CTOS:

Cara Semakan CTOS Online

1. Anda perlu login masuk ke laman web CTOS secara online di https://ctosid.ctos.com.my/

2. Isikan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Klik 'Login'.

3. Anda akan dibawa ke dashboard yang memaparkan laporan kredit CTOS anda.

4. Klik "Get Your CTOS Score Now" untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

5. Isikan Kata Laluan diruangan disediakan dan klik "Get Report".

6. Anda akan dibawa ke halaman untuk membuat pembayaran.

Cara Pendaftaran CTOS Online

1. Anda perlu mendaftar sebuah akaun di laman web CTOS.

2. Isikan maklumat yang disediakan seperti No. Kad Pengenalan, e-mel dan nyatakan pilihan bahasa anda (Inggeris, Melayu dan Cina).

3. Kemudian, lampirkan imej (depan dan belakang) MyKad anda untuk mengesahkan butiran anda.

4. Masukkan nombor telefon bimbit anda.

5. Selepas penghantaran kod pengesahan TAC, satu e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda.

6. Selepas itu, anda perlu melengkapkan proses pendaftaran.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Laman Web Rasmi CTOS: https://www.ctoscredit.com.my/
No. Telefon: 03 - 27228833

Selamat membuat Semakan CTOS tahun 2022 secara online Melalui Sistem CTOS!

No comments

Powered by Blogger.