Sinopsis Filem Rock 4: Rockers Never Dai (2020)



Sinopsis Filem Rock 4: Rockers Never Dai (2020)|ADAKAH anda peminat filem tempatan? Saksikan filem trilogi keempat berjudul 'Rock 4: Rockers Never Dai' yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 20 Februari 2020. Dibintangi lakonan hebat seperti Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi dan penampilan khas oleh Dato' Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim, dan Kamarool Hj Yusof. Filem bergenre muzikal komedi ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan terbitan dibawah Primeworks Studios. Berikut dikongsikan Sinopsis Filem Rock 4 Rockers Never Dai (2020) buat rujukan anda.

Sinopsis Filem Rock 4: Rockers Never Dai (2020)

Sinopsis Filem Rock 4: Rockers Never Dai (2020)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan info penting Filem Rock 4 Rockers Never Dai termasuk sinopsis filem, senarai pelakon dan tarikh tayangan:

Info Penting Filem Rock 4 Rockers Never Dai (2020)

JUDUL : ROCK 4 ROCKERS NEVER DAI
Genre : Musikal Komedi
Tarikh Tayangan : 20 Februari 2020
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Primeworks Studios
Pelakon : Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi, Dato’ Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof, Madnoor Hendrix, Edry Hashim

WATAK PELAKON:

Sharwani NS sebagai Ronnie James Dio
Hazama sebagai Omar
Adam John sebagai Rayyan
Bulan Terry sebagai Seri
Nazimi Fahmi sebagai Acap

SINOPSIS ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI

Rock 4: Rockers Never Dai kembali dengan Ronnie James Dio (Sharwani NS) yang tersedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman sekarang yang telah banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Dapatkah Dio mengembalikan jiwa sebenar muzik dan bakat dari kumpulan Rimba Bara 2 serta meneruskan legasi rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman?

Trailer Filem Rock 4 Rockers Never Dai (2020)

*Akan dikemaskini

No comments

Powered by Blogger.