Permohonan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 2020 (Semakan Status)



Permohonan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 2020 (Semakan Status)|ANDA berminat membuat permohonan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tahun 2020. Berikut dikongsikan Cara Pendaftaran Amanah Ikhtiar Malaysia 2020 buat rujukan anda.

Permohonan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 2020

Sedia maklum, AIM ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Akta Amanah (1952). Objektif penubuhan AIM adalah bertujuan untuk mengurangkan kemiskinanan di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan.

Permohonan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 2020 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) beserta syarat kelayakan permohonan, jumlah pinjaman dan semakan status:

Cara Pendaftaran Amanah Ikhtiar Malaysia 2020

1. Kakitangan AIM akan mengunjungi rumah responden dan melaksanakan Ujian Kelayakan untuk menentukan kelayakan responden menyertai program ini. Bagi mereka yang berminat tetapi tidak dikunjungi Pegawai AIM, boleh berhubung dengan pejabat AIM yang berhampiran.

Syarat Kelayakan Amanah Ikhtiar Malaysia 2020

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Amanah Ikhtiar Malaysia adalah seperti berikut:

1. Pendapatan bulanan isi rumah mestilah tidak melebihi RM 3,855 atau per kapita RM 838.

2. Pemilikan aset tidak melebihi jumlah RM 50,000.

3. Hanya golongan wanita yang boleh menyertai program ini.

4. Menubuhkan kumpulan seramai 5 orang yang tinggal dalam kawasan yang sama tiada tali persaudaraan, saling percaya mempercayai dan bertanggungjawab.

5. Mengikuti kursus jangka pendek selama 5 hari, 1 1/2 jam sehari.

Jenis dan Jumlah Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

AIM menawarkan pembiayaan seperti berikut:

A. Pembiayaan Ekonomi :
I-Mesra : Sehingga RM 19,900
I-Srikandi : RM 6,000 – RM 19,900
I-Wibawa : RM 5,000
I-Penyayang : RM 1,000 – RM 5,000
I-Wawasan : RM 20,000

B. Pembiayaan Pendidikan :
I-Bistari : Sehingga RM 5,000

C. Pembiayaan Pelbagai :
I-Sejahtera : RM 2,000 – RM 10,000

Semakan Status Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia 2020

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1-300 888 246 atau lawati laman web aim.gov.my untuk mengetahui alamat pejabat AIM di seluruh negara.

Selamat membuat Permohonan Amanah Ikhtiar Malaysia tahun 2020! Semoga anda berjaya mendapat pinjaman AIM!

No comments

Powered by Blogger.