Permohonan Skim Rezeki Ternak 2024 Online (Borang)



Permohonan Skim Rezeki Ternak 2024 Online (Borang)|ANDA berminat membuat permohonan Skim Rezeki Ternak? Apa itu Skim Rezeki Ternak? Perhatian buat anda penternak kecil yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Skim Rezeki Ternak Ruminan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Skim Rezeki Ternak 2024 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Berikut dikongsikan Permohonan Skim Rezeki Ternak 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Rezeki Ternak 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Program Skim Rezeki Ternak ini merupakan cetusan idea oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub semasa perjumpaan bersama penternak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan/Ladang Satelit Lubuk Bakul, Muar, Johor pada 4hb Ogos 2019. Ia diwujudkan bertujuan untuk memberi bantuan ternakan kepada penternak kecil ruminan sekaligus meningkatkan pendapatan melalui kaedah penjenamaan semula pawah.

Permohonan Skim Rezeki Ternak 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Skim Rezeki Ternak (Lembu, Kambing, Kambing Tenusu & Bebiri) beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Skim Rezeki Ternak 2024 Online

1. Borang permohonan perlu dibuat menggunakan borang permohonan yang
boleh diperolehi secara percuma daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
atau di laman web jabatan http://www.dvs.gov.my/index.php/announcements/view/38

2. Permohonan yang telah diisi hendaklah dihantar kepada:-

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
(u.p: Bahagian Pembangunan Industri Ternakan)
ATAU
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran

Syarat Permohonan Skim Rezeki Ternak 2024

Pemohon harus mengikuti syarat-syarat seperti berikut:

A. Pemohon mestilah penternak kecil sedia ada yang telah berdaftar dengan E-Permit 2 dan berdaftar dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar di Daerahterdekat. Bagi pemohon di dalam golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Mereka adalah di dalam senarai penerima
Bantuan Sara Hidup (BSH).

B. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.

C. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman menternak ternakan ruminan
sekurang-kurangnya 1 tahun.

D. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai.
Mempunyai surat pemilikan / surat kebenaran / surat perjanjian yang berkaitan bagi pembuktian status kawasan penternakan.

E. Keluasan kawasan menternak yang mencukupi dan mempunyai sumber
makanan.

F. Pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.

G. Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (DVS) sepanjang tempoh perlaksanaan projek.

H. Ladang penternak kecil mempunyai program kesihatan dengan DVS Negeri dan membuat saringan penyakit (Bruselosis/CLA/lain-lain penyakit)
mengikut program kawalan penyakit kebangsaan sebelum permohonan dibuat.

I. Pemohon yang berjaya layak diberi ternakan maksima 5 ekor lembu induk
atau 10 ekor kambing/bebiri dengan maksima nilaian ternakan sebanyak RM20000.

J. Pemohon yang berjaya perlu menandatangani perjanjian bersama
Kerajaan bagi menjalankan projek penternakan di bawah skim ini sekurang-kurangnya 3 tahun.

K. Pemohon yang berjaya perlu menyediakan 10% daripada jumlah
perolehan ternakan.

Semakan Status Skim Rezeki Ternak 2024 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Skim Rezeki Ternak, sila hubungi di:

No. Tel: 03-88702406
Emel: nurulain@dvs.gov.my
(Dr. Zuhairah bt Mohamad Nasir)
No Tel : 03-88702471
Emel: zuhairah@dvs.gov.my

Selamat membuat Permohonan Skim Rezeki Ternak tahun 2024 secara online!

5 comments:

  1. Bolehkah saya memohon untuk ternakan rusa

    ReplyDelete
  2. Nak tanya kenapa kat pahang x ada info untuk yg ni. 1lg untuk permohonan ni kenapa tarikh tutup 2020

    ReplyDelete
  3. umor melebehi 55 kenapa tak boleh walaupun penternak dan juga pernah menerima bantuan kambing pada masa yang lepas. tkasih

    ReplyDelete
  4. macam tak sahih je ni. Melaka pun kata dah tutup tak ada bukak lagi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.