Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor (Semakan Status)



Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Ihsan Negeri Johor bakal dibuka? Perhatian buat rakyat Johor yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Ihsan Negeri Johor akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor boleh dibuat melalui ejen-ejen yang dilantik oleh Pusat Saluran. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor (Semakan Status)

Sedia maklum, Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor ini diberikan kepada rakyat Negeri Johor yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Bantuan Ihsan Negeri Johor secara one-off sebanyak RM250-RM500 kepada rakyat yang tidak menerima sebarang bantuan sama ada Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Permohonan Bantuan Ihsan Negeri Johor (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor termasuk syarat kelayakan, kadar bantuan, tarikh pembayaran dan semakan status permohonan:

Cara Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor

1. Muat Turun dan cetak borang permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor.

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disokong oleh ejen-ejen yang dilantik melalui empat pusat saluran utama:

◼️Pejabat Menteri Besar
◼️Pejabat Daerah
◼️Pihak Berkuasa Tempatan
◼️Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri

3. Setiap Pusat Saluran hendaklah memasukkan semua maklumat borang permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor.

4. Pemohon yang telah menerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional, maklumat borang permohonan TIDAK perlu dimasukkan ke dalam sistem e-IHSAN Johor. Borang permohonan itu perlu dihantar ke Bilik Gerakan.

5. Keputusan setiap permohonan yang telah diterima sama ada berjaya atau pun gagal akan dimaklumkan melalui sistem e-IHSAN Johor kepada semua Pusat Saluran.

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Ihsan Negeri Johor

KLIK 👉 BORANG PERMOHONAN BANTUAN IHSAN NEGERI JOHOR

Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor (Semakan Status)

Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan Negeri Johor adalah seperti berikut:

1. Warganegara / Bukan Warganegara
2. Menetap di Negeri Johor
3. Berumur 18 tahun ke atas
4. Maklumat lengkap beserta Salinan Kad Pengenalan / Passport

Kadar Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor

Bantuan sebanyak RM 250-RM 500 mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Cara Pembayaran Bantuan Ihsan Negeri Johor

Pembayaran akan dilakukan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electronic Fund Transfer (EFT). Sekiranya tiada maklumat akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran.

Tarikh Bayaran Bantuan Ihsan Covid-19 Negeri Johor

*Akan dikemaskini

Semakan Status Bantuan Ihsan Negeri Johor

Semakan status permohonan Bantuan Ihsan Covid-19 Negeri Johor boleh dibuat menerusi pautan seperti dibawah:

KLIK 👉 https://ihsan.johor.my/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian Bilik Gerakan:

No. Tel : 07- 266 6766
Emel : ihsancovid19@johor.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.