Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin 2021 (Semakan Status)



Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin 2021 (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan pembiayaan BSN Micro-i Kredit Prihatin bakal dibuka? Berita baik buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beserta usahawan mikro yang berkelayakan membuat permohonan pembiayaan BSN Micro-i Kredit Prihatin akibat penularan wabak COVID-19. Berikut dikongsikan Cara Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin 2021 buat rujukan anda.

Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin 2020 (Semakan Status)

Sedia maklum, Bank Simpanan Nasional (BSN) memansuhkan kadar faedah dua peratus kepada kosong peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19. Langkah ini untuk menyokong inisiatif dan keprihatinan kerajaan yang telah menyediakan pakej prihatin PKS tambahan sebanyak RM10 bilion. Menerusi pembiayaan ini, sebanyak RM75,000 amaun pembiayaan maksimum disediakan bagi setiap usahawan mikro dengan tempoh pinjaman atau pembiayaan antara satu hingga 5.5 tahun.

Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin 2021 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin 2021

1. Layari Laman Facebook BSN untuk menyemak senarai maklumat Pegawai BSN yang berhampiran untuk dihubungi.

2. Semak juga dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan seperti sijil pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan kad pengenalan semua pengarah, pemilik tunggal atau rakan kongsi, penyata akaun bank untuk tiga bulan terkini dan lain-lain dokumen (jika perlu).

Syarat Kelayakan BSN Micro-i Kredit Prihatin 2021

Antara Syarat Kelayakan Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin adalah seperti berikut:

1. Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.

2. Perusahaan Mikro (milikan tunggal, Perkongsian atau Syarikat Sdn. Bhd).

3. Mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.

4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa dan perniagaan telah beroperasi tidak kurang daripada enam bulan.

Semakan Status BSN Mikro Kredit Prihatin 2021

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BSN Micro-i Kredit Prihatin, sila hubungi di:

Talian Hotline: 1300-88-1900
Laman FB: https://www.facebook.com/BSNMalaysia/

Semoga perkongsian Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin 2021 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

  1. System pinjaman ni bullshit..mula2 cakap pinjaman dibuka hingga December tau2 nya bulan May dah tutup..APA KEJADAH !!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.