Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 Online (Tarikh Bayaran)



Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 Online (Tarikh Bayaran)|BILAKAH tarikh permohonan Geran Khas Prihatin 2020 bakal dibuka? Perhatian buat anda perniagaan mikro dan PKS yang berkelayakan membuat permohonan Geran Khas Prihatin RM 3000 secara online. Untuk makluman anda, permohonan Geran Khas Prihatin PKS 2020 boleh dibuat secara online mulai 1 Mei 2020 menerusi Laman Web Rasmi GKP. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Geran Khas Prihatin PKS buat rujukan anda.

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan Geran Khas PRIHATIN (GKP) berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Perniaga mikro PKS yang layak Geran Khas Prihatin akan mendapat bantuan sebanyak RM3,000 setiap seorang secara one-off.

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 Online (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 termasuk syarat kelayakan permohonan, semakan status dan tarikh bayaran:

Cara Permohonan Geran Khas Prihatin PKS 2020 Online

1. Layari Laman Web Rasmi GKP secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://gkp.hasil.gov.my

Syarat Kelayakan Geran Khas Prihatin 2020

Antara Syarat Kelayakan Geran Khas Prihatin PKS adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019;
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat;
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Semakan Status Geran Khas Prihatin 2020 PKS

Semakan status Geran Khas Prihatin boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://gkp.hasil.gov.my/

Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin 2020

Pembayaran Geran Khas Prihatin dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

Semoga perkongsian Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan Geran Khas Prihatin!

No comments

Powered by Blogger.