Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro 2020 CBRM Online



Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro 2020 CBRM Online|BILAKAH tarikh permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) 2020 bakal dibuka? Perhatian buat anda usahawan mikro yang terjejas perniagaan akibat penularan wabak Covid-19. Untuk permohonan anda, permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) 2020 boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang https://PermohonanCBRM atau www.tekun.gov.my.

Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro 2020 CBRM Online

Sedia maklum, sebanyak RM200 juta diperuntukkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi membantu 33,000 usahawan mikro yang terjejas perniagaan akibat penularan COVID-19. Skim ini adalah pembiayaan suntikan modal pusingan kepada usahawan mikro untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada yang terjejas. Skim CBRM ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dengan tempoh bayaran balik maksimum sehingga tiga tahun dan usahawan akan diberi penangguhan bayaran balik selama enam bulan.

Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro 2020 CBRM Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro beserta syarat kelayakan permohonan, dokumen sokongan dan semakan status:

Cara Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro 2020 Online

1. Pemohon boleh permohonan secara atas talian (online) menerusi laman sesawang https://tinyurl.com/PermohonanCBRM atau www.tekun.gov.my.

Kadar Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro CBRM

◼️RM 1,000 hingga RM 10,000

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan PBT yang sah.

2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.

3. Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini.

4. Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (Elekrik/ Air/ Telefon).

Semakan Status Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro 2020

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi TEKUN Nasional di talian 03 - 9059 8888 atau layari Laman Web Rasmi TEKUN.

Semoga perkongsian Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro CBRM 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.