Cara Renew Lesen SSM 2023 Online (Harga)



Cara Renew Lesen SSM 2023 Online (Harga)|ANDA ingin renew atau perbaharui lesen perniagaan SSM? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara renew lesen perniagaan SSM secara online. Untuk makluman anda, kini anda boleh renew lesen SSM 2023 secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi EzBiz SSM. Berikut dikongsikan Cara Renew Lesen SSM 2023 Online buat rujukan anda.

Cara Renew SSM 2020 Online (Perbaharui ezBiz)

Sedia maklum, kini pembaharuan lesen perniagaan SSM boleh dibuat secara online tanpa kunjungi ke Pejabat SSM atau kaunter dan Sijil Perakuan Pendaftaran SSM akan dihantar ke emel anda dalam tempoh 24 jam.

Cara Renew Lesen SSM 2023 Online (Harga)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Renew atau Perbaharui Lesen SSM Secara Online menerusi di Portal EzBiz termasuk harga lesen SSM:

Cara Perbaharui Lesen Perniagaan SSM Online

1. Layari laman web rasmi SSM secara online menerusi pautan di https://ezbiz.ssm.com.my

2. Login dengan memasukkan Kata Nama dan Kata Laluan yang disahkan.

3. Sila pilih ‘Renewal by Owners’. Terdapat paparan senarai syarikat yang telah anda daftar sebelum ini.

4. Kemudian, pilih syarikat yang anda mahu renew.

5. Teruskan untuk membuat pembayaran secara online.

6. Setelah selesai proses renew SSM, sila muat turun dan cetak sijil secara online (BORANG E) yang telah diperbaharui.

Harga Renew Lesen SSM 2023

Berikut dikongsikan senarai harga memperbaharui lesen SSM tahun 2023:

1. Bayaran RM 60 setahun bagi perniagaan menggunakan nama tred (trade name).
2. Bayaran RM60 setahun dikenakan bagi perkongsian.
3. Bayaran RM 30 setahun bagi perniagaan menggunakan nama sendiri seperti dalam MyKad pemilik.

Syarat Kelayakan Renew Lesen SSM 2023

Antara Syarat Renew Lesen Perniagaan SSM adalah seperti berikut:

1. Hanya boleh dilakukan oleh pemilik syarikat / bisnes atau orang yang bertanggungjawab.

2. Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat untuk jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun untuk setiap pembaharuan.

3. Perniagaan yang telah tamat melebihi 12 bulan tidak boleh diperbaharui.

4. Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

Semoga perkongsian Cara Renew SSM 2023 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua pemegang SSM!

No comments

Powered by Blogger.