Permohonan Geran Agropreneur Muda 2020 Online (Semakan Status)



Permohonan Geran Agropreneur Muda 2020 Online (Semakan Status)|ANDA berminat Geran Agropreneur Muda bagi tahun 2020? Berita baik buat anda golongan belia yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Geran Agropreneur Muda tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Geran Agropreneur Muda 2020 dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020 menerusi Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak). Berikut dikongsikan Cara Permohonan Geran Agropreneur Muda 2020 buat rujukan anda.

Permohonan Geran Agropreneur Muda 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, program ini diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ia diwujudkan bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

Permohonan Geran Agropreneur Muda 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Geran Agropreneur Muda termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan status:

Tarikh Penting Permohonan Geran Agropreneur Muda 2020

◼️Fasa 1: 1 hingga 31 Januari
◼️Fasa 2: 1 hingga 31 Mei
◼️Fasa 3: 1 hingga 30 September

Cara Pendaftaran Geran Agropreneur Muda 2020

1. Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut:

A. Borang UAM 01/14 (pin.02/18) berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport;
B. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk Lampiran 1);
C. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 (pin.02/18) perlu disertakan anggaran Sebut Harga;
D. Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MOA; atau
E. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN

Download Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda 2020

Lampiran 1 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
Lampiran 2 - Borang Pendaftaran UAM
Lampiran 3 - Borang Penilaian Permohonan Geran
Lampiran 4 - Borang Penilaian Permohonan Pembiayaan
Lampiran 5 - Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan
Lampiran 6 - Borang Pembekalan
Lampiran 7 - Borang Kemajuan Prestasi Usahawan
Lampiran 8 - Borang Laporan Pemantauan

Syarat Kelayakan Geran Agropreneur Muda 2020

Antara Syarat Kelayakan Geran Agropreneur Muda adalah seperti berikut:

1. Mestilah berumur antara 18-40 tahun
2. Mestilah Warganegara Malaysia
3. Boleh membaca dan mengira
4. Wajib mengikuti program latihan teknikal anjuran Jabatan & Agensi berkaitan (bagi usahawan Projek Baru)
5. Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah/premis sedia ada

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara Senarai Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Borang Pendaftaran 01/14 (pin. 1/18)
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Borang Penilaian 05/17 (pin.01/18)
4. Rancangan Perniagaan
5. Dokumen keterangan hak milik tanah/premis atau perjanjian sewa / surat kebenaran
6. Sijil kursus teknikal / sijil kelayakan berkaitan projek
7. Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN/Agrobank (jika berkenaan)

Permohonan Geran Agropreneur Muda 2020 Online (Semakan Status)

Jenis Bantuan

Terdapat 3 jenis bantuan yang anda boleh mohon:

1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan.
2. Geran Agropreneur Muda.
3. Pakej khas Pembiayaan bagi pengembangan projek dari TEKUN ataupun AGROBANK.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan berhubung Program Agropreneur Muda ini, sila hubungi kami melalui:

Emel : uam.agropreneurmuda@gmail.com
Laman Web : www.moa.gov.my
Facebook : Program Agropreneur Muda
Twitter : @agroyouthmoa
Instagram : @agroyouthmoa

Semoga perkongsian Permohonan Geran Agropreneur Muda 2020 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

  1. Saya seorang usahawan pemborong telur ayam. Dalam perancangan saya setelah tamatnya musim perintah kawalan pergerakkan (PKP) ini saya akan meneruskan perniagaan, bolehkah saya memohon Geran Agropreneur-muda ini.?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.