Semakan Status HPIPT Selangor 2023 Online (Tarikh Bayaran)



Semakan Status HPIPT Selangor 2023 Online (Tarikh Bayaran)|BILAKAH tarikh semakan status HPIPT Selangor tahun 2023? Perhatian buat pemohon yang ingin membuat semakan status permohonan HPIPT Selangor tahun 2023. Untuk makluman anda, semakan status HPIPT Selangor 2023 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web HPIPT Selangor. Berikut dikongsikan Cara Semakan Status HPIPT Selangor 2023 buat rujukan anda.

Semakan Status HPIPT Selangor 2020 Online

Sedia maklum, Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) merupakan hadiah bernilai RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma atau ijazah sarjana muda. Namun pelajar Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.

Semakan Status HPIPT Selangor 2023 Online (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Status HPIPT Selangor termasuk tarikh dan cara bayaran:

Cara Semakan Status HPIPT Selangor Online

1. Layari Aplikasi Semakan HPIPT Selangor boleh dibuat secara atas talian (online) di https://hpipt.selangor.gov.my/

2. Masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan untuk ketahui status semakan anda.

3. Status permohonan anda akan dipaparkan di screen anda.

Tarikh Pembayaran HPIPT Selangor 2023

*Akan dikemaskini

Cara Pembayaran HPIPT Selangor 2023

1. Urus Setia menyediakan senarai pembayaran untuk semakan PA(B) dan kelulusan SUB(PSM) / PSU(B) dan bayaran adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT).

2. Urus Setia memproses pembayaran melalui Sistem SPEKS untuk penyediaan bayaran oleh pihak Bendahari Negeri.
Urus Setia menerima laporan pembayaran yang telah dibuat melalui Sistem SPEKS oleh Bendahari Negeri Selangor.

3. Urus Setia menyediakan surat makluman status permohonan dan pembayaran kepada pemohon yang berjaya. Pemohon yang memilih kaedah pembayaran melalui cek perlu menuntut cek tersebut di BPSM, manakala pemohon yang memilih kaedah pembayaran melalui EFT perlu menyemak transaksi pembayaran melalui akaun masing-masing.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 3 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS),
40503, Shah Alam Selangor
No. Tel: 03 - 55447385
No. Faks : 03-55104095 / 03-55110659
E-mel : hpipt[at]selangor.gov.my

Semoga perkongsian Semakan Status HPIPT Selangor 2023 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan HPIPT Selangor!

No comments

Powered by Blogger.