Cara Daftar Aplikasi MySejahtera (Login)



Cara Daftar Aplikasi MySejahtera (Login)|APA itu Aplikasi MySejahtera? Bagaimana cara mendaftar akaun Aplikasi MySejahtera? Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui cara daftar Aplikasi MySejahtera. Berikut dikongsikan Cara Daftar Aplikasi MySejahtera buat rujukan anda.

Cara Daftar Aplikasi MySejahtera (Login)

Sedia maklum, Aplikasi MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan hasil kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ia diwujudkan bertujuan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Kini, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang menggunakan aplikasi MySejahtera.

Cara Daftar Aplikasi MySejahtera (Login)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Aplikasi MySejahtera termasuk cara login:

Pendaftaran Aplikasi MySejahtera

1. Muat turun aplikasi MySejahtera di telefon pintar boleh dibuat menerusi Apple App Store (untuk peranti iOS), Google Play Store (untuk peranti Android), HUAWEI AppGallery (khusus untuk pengguna telefon pintar HUAWEI) atau menerusi laman Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA).

2. Selepas muat turun dan pasang aplikasi ke dalam telefon pintar, anda boleh mendaftar sebagai pengguna baru dengan tap pada butang Register Here.

3. Kemudian, masukkan nombor telefon dan tandakan pada kotak I’m not a robot. S

4. Selepas itu, tap pada butang Register.

5. Isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap.

6. Ciptakan kata laluan bagi akaun aplikasi MySejahtera anda dan tap pada butang Confirm.

Cara Login Aplikasi MySejahtera

Berikut ialah langkah-langkah atau cara login Aplikasi MySejahtera:

1. Buka aplikasi MySejahtera.

2. Kemudian, masukkan ID Pengguna dan klik Log Masuk.

Semoga perkongsian Cara Daftar Aplikasi MySejahtera ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.